Hias Dinding Rumah Dengan Wainscoting - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Hias Dinding Rumah Dengan Wainscoting

Share

Kalau dah cat cantik, perabot dah meletop takkan tak ada hiasan dinding, kan? Dinding kosong tak nampak kelainan pada rumah. Apa kata hiasan dinding yang membosankan tu dengan wainscoting. Rumah automatik nampak kaya dan mewah.

Wainscoting adalah papan nipis yang menghiasi kawasan bawah dinding. Hiasan yang cukup membuatkan rumah anda lebih moden dan memberi nafas baru pada hiasan dalaman. Sebelum anda pening, kaji dulu jenis-jenis wainscoting yang ada. Nanti baru boleh pilih mengikut kesesuaian rumah dan bajet.

Raised Panel

Jika anda mempunyai bajet besar, pilih je terus raised panel untuk menghiasi seluruh dinding rumah. Lagi cantik jika dibuat pada ruang rumah yang luas dan dinding yang tinggi. Betul-betul nampak gah dan hebat.

 

Beadboard

Jenis ini memberikan kesan lebih fresh dan lapang. Sesuai untuk rumah berkonsepkan kabin dan klasik. Ia lebih simple dan ala-ala english cottage.

 

Flat Panel

Untuk rumah bertemakan kontemporari, flat panel sangat sesuai. Reka bentuk yang lebih kemas dan nampak bersih. Wainscoting jenis ini menggunakan bingkai dinding rata, jadi mudah diubah suai mengikut konsep rumah anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!