Hilangkan Rasa Bosan Anak-Anak Dengan Aktiviti Seronok di Rumah - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Hilangkan Rasa Bosan Anak-Anak Dengan Aktiviti Seronok di Rumah

Share

Sekarang masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kanak-kanak dan warga emas tidak digalakkan keluar. Kanak-kanak suka bermain, bayangkan betapa bosannya mereka tidak dapat bermain di luar rumah. Terperap dalam rumah, bermain gajet dan tengok tv pun boleh jadi tidak sihat pada otak. Ibu bapa kenalah jadi kreatif dan bijak. Buat beberapa aktiviti di dalam rumah supaya anak-anak tidak rasa terlalu bosan.

Aktiviti do it yourself (DIY) sebenarnya sangat menarik. Selain dapat menggembirakan anak-anak, masa ibu bapa juga dapat mengisi masa yang berkualiti bersama keluarga. Gunakan idea aktiviti DIY ini untuk mengatasi kebosanan anak-anak anda!

Krayon

Aktiviti ini sesuai untuk anak-anak yang berusia 6 bulan ke atas untuk membantu perkembangan psikomotorik (psychomotor). Caranya mudah sahaja, gunakan tin kosong atau bekas plastik kosong. Lubangkan pada penutup bekas yang boleh memuatkan sebatang krayon. Biarkan anak anda bermain dengan memasukkan krayon di dalam bekas melalui lubang. Apabila anak anda sudah mengenali warna, arahkan si kecil masukkan krayon mengikut warna.

Pom-Pom kecil

Aktiviti ini sesuai untuk si kecil berusia setahun dan ke atas. Anda hanya perlu sediakan bebola pom-pom berwarna-warni dan penyepit baju. Selain meningkatkan kemahiran psikomotorik, ia juga aktiviti yang santai. Ajar si kecil asingkan bebola mengikut warna di dalam bekas menggunakan penyepit baju.

Warna Air

Ini adalah projek seni yang membuatkan anak anda gembira. Sediakan kertas mahjong atau kertas lukisan, warna air (water color) dan berus. Biarkan mereka menghasilkan seni kreatif sendiri. Lukiskan pada kertas mahjong atau kertas lukisan. Mereka akan seronok bermain dan melihat hasil seni sendiri.

Golf

Kali ini ibu bapa perlu menjadi lebih kreatif. Lubangkan kadbod mengikut saiz bola golf. Letakkan nombor pada setiap lubang untuk markah. Berikan anak anda bermain golf di rumah. Setiap pukulan yang masuk ke dalam lubang akan diberkan markah. Markah tertinggi akan mendapat hadiah.

Gelongsor

Wow! Aktiviti ini boleh dikatakan impian setiap kanak-kanak. Walaupun menggunakan kos yang tinggi tetapi sangat berbaloi dan tahan lama. Anda hanya perlu membeli gelongsor plastik, kolam angin dan bola-bola plastik. Masukkan gelongsor ke dalam kolam angin yang sudah dipam. Penuhkan kolam dengan bola-bola plastik. Anak-anak pasti bermain tanpa henti.

Berkemah

Siapa cakap berkemah hanya boleh dibuat di luar rumah? Jika anda tidak mempunyai kawasan rumah yang besar, anda juga boleh membina kemah di dalam rumah. Dirikan kemah di ruang tamu bersama anak. Jadikan suasana seperti di dalam hutan. Anda juga boleh membuat unggun api palsu. Bawa snek kegemaran mereka dan makan bersama di dalam kemah. Anak anda pasti sukakan idea ini dan menjadi pengalaman yang seronok. Apa tah lagi jika si ibu sediakan smores yang sedap!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!