Hilangkan Selulit Menggunakan Bahan Di Rumah - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Hilangkan Selulit Menggunakan Bahan Di Rumah

Share

Masalah selulit sering menjadi kerunsingan seorang wanita. Selulit bukan masalah kepada wanita yang berbadan besar atau wanita bersalin malah, yang memiliki badan yang kurus juga mempunyai masalah yang sama. Senang cerita, selulit boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Jangan risau selulit bukan satu penyakit tetapi ia adalah lemak di bawah kulit yang terkumpul dan memberi kesan kepada tisu penghubungan pada permukaan kulit.

Sebelum anda berhabis duit untuk rawatan teknologi atau membeli ubat dan krim, apa kata anda cuba dahulu dengan menggunakan bahan semula jadi. Kalau berkesan, duit anda tidak membazir dan badan pun cantik.

Minyak Omega-3

Tidak semua minyak memberikan kesan negatif pada badan. Kebiasaannya anda makan makanan yang mengandungi minyak sayur, tetapi minyak semula jadi omega-3 membantu seimbangkan kembail hormon dan membantu kurangkan selulit. Selain itu, minyak ini juga mempunyai banyak faedah untuk mengekalkan tahap kesihatan badan.

Makanan yang mengandungi minyak omega-3 seperti chia seed, kacang walnut, kacang pecan, tuna dan ikan salmon. Mulai sekarang, tukar menu anda dan dapatkan badan yang mulus.

Minyak Aromaterapi

Gunakan minyak kelapa dara, minyak zaitun atau krim pelembap organik untuk mengurut bahagian yang bermasalah. Urut dengan perlahan dan konsisten.

Anda juga boleh menggunakan minyak aromaterapi jenis grapefruit, juniper dan daun rosemary.

Cuka Epal

Cuka epal mengandungi bahan yang boleh membantu menghilangkan selulit pada badan. Mineral, potassium, magnesium dan kalsium adalah bahan penting untuk membuang toksin dan air yang terkumpul pada bahagian berlemak sepeti perut dan paha.

Campurkan air dengan cuka epal dengan nisbah 1:2 atau 1:1 dan sapukan dengan lembut pada bahagian badan anda. Balut dengan wrapping plastic dan biarkan selama 1 jam. Bilas menggunakan air biasa. Amalkan teknik ini sehingga selulit anda hilang. Tips tambahan, campurkan 2 sudu cuka epal, madu dengan air suam ia membantu mengurangkan berat badan.

Skrub Kopi

Skrub kopi membantu supaya kulit menjadi lebih tegang dan segar. Urutkan bahagian yang mempunyai masalah selulit kemudian balutkan bahagian tersebut dengan wrapping plastic. Biarkan selama 20 minit, bilas menggunakan air biasa.

Cara untuk membuat skrub kopi adalah gunakan ¼ cawan serbuk kopi, 3 sudu gula dan 3 sudu minyak kelapa atau minyak zaitun. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi likat. Selepas itu, barulah anda boleh lumurkan skrub tersebut di badan anda.

Berus Badan Lembut

Beruskan badan anda dalam keadaan kering menggunakan berus badan yang lembut dengan pergerakan memanjang pada satu arah dan jangan lakukan gerakan sama ulang-alik. Atau lebih mudah buat pergerakan bulatan mengikut arah lawan jam.

Teknik ini untuk melancarkan peredaran darah dan membantu menegangkan kulit. Ia juga membantu membuang sel kulit mati dan gelap pada kulit terutama di bahagian lutut dan siku. Lakukan sekali sehari sebelum mandi.

Aktif

Jangan terlalu banyak duduk. Lakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Anda boleh jadikan masalah selulit ini sebagai motivasi untuk mendapatkan kulit cantik.

Pastikan anda melakukan aktiviti luar seperti mendaki bukit, berenang atau berjogging. Jika tidak mahu lakukan seorang diri, ajak rakan atau anak anda sertai sekali. Bergerak aktif dapat mengurangkan tekanan pada kulit.

Gaya Hidup Sihat

Diet seimbang bukan hanya bertujuan mendapatkan badan yang sihat, malah boleh menghilangkan kesan selulit. Makan makanan yang sihat dan segar. Dapatkan tidur yang cukup untuk memulihkan kelesuan badan dan menstabilkan hormon.

Selain itu, seperti biasa, banykkan minum air kosong untuk menguatkan tisu penghubung pada kulit.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!