Ini 8 Tanda Suami Sayang Game Dari Keluarga. Para Isteri, Check Suami Anda Yang Suka Main Game - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Ini 8 Tanda Suami Sayang Game Dari Keluarga. Para Isteri, Check Suami Anda Yang Suka Main Game

Share

Handphone sentiasa di tangan, tapi bila call ke video call ke text ke selalu tidak berjawab. Kalau jawab pun mesti marah-marah. Balik rumah, tak bercakap. Lepas makan, meluru untuk main game. Best ke dapat suami macam tu?

Isteri nak bermanja pun takde masa. Anak-anak nak gembira dengan bapa pun, asyik kena marah je. Kesian. Ketagih game nampak seperti perkara normal, tapi sebenarnya memberi kesan mendapat terhadap individu dan juga orang sekeliling. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga. Kepada isteri, sila perhati suami anda adakah dia bermain game untuk hilangkan boring atau sudah gian dengan game?

Ketagih

Pada awalnya niat main game hanya ‘saje suka-suka’. Tapi lama-kelamaan sampai tak ingat dunia. Lebih gembira main game berbanding habiskan masa dengan keluarga. Isteri pun rasa sedih, anak-anak pula tak dapat layanan sepenuhnya dari bapa.

 

Masa! Masa! Masa!

Kalau dah on game, ibarat masa tak bernilai. Sebab tu ada orang boleh mengadap game sampai lebih 5 jam. Hanya bermain game! Semakin tinggi level, semakin rancak bermain sampai lupa tanggungjawab. Ada suami yang mengharapkan isteri faham dan benarkan dia bermain game sepanjang hari. Kadang-kadang sampai tak tidur. Mana boleh bang, tolong sedar diri sikit ya!

 

Prestasi

Bukan setakat prestasi kerja di pejabat, malah prestasi menjalankan tugas sebagai suami pun failed! Hadap game pagi, petang, siang, malam sampai tak cukup tidur. Ha, mulalah lemau nak pergi kerja. Segala tugasan rumah tangga diserahkan kepada isteri.

 

Ada Macam Takde

Ha, memanglah bagus tak melepak sampai tengah malam. Tak merayap tak tentu hala tapi bergunakah seorang suami yang sentiasa duduk di rumah tanpa menjalankan tanggungjawab? Mestilah tak, isteri pun makan hati je tengok suami menghadap game daripada melayan anak-anak. Anak-anak ajak bermain pun sampai kena marah. Macam tak sayang isteri dan anak-anak je.

 

Tipu

Bila isteri mula membebel dan marah. Katanya ingin berubah. Sekurang-kurangnya hadkan masa untuk bermain game. Tapi betul ke si suami menepati janji? Tak gian ke nak main game? Jadi, dari situ ramai juga suami yang sanggup menipu isteri mengenai berapa jam mereka bermain game. Janganlah tipu untuk sedapkan hati isteri, buatlah seikhlas hati.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!