Ini Antara Cara Bagaimana Nak Cantikkan Postur Badan - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Pilihan Editor

Ini Antara Cara Bagaimana Nak Cantikkan Postur Badan

Share

Jangan ambil ringan mengenai postur badan anda. Ia akan memberi kesan buruk kepada tulang belakang. Jika anda tidak menjaga postur badan, anda kelihatan tidak bersedia dan tidak bersemangat.

Apabila anda mempunyai kedudukan badan yang betul, anda menjadi lebih menarik, bersedia dan ceria setiap hari.

Ubah postur badan anda mulai sekarang dengan membaca 7 cara mendapatkan postur badan yang cantik dan sihat.

Kenali Postur Badan

Cara paling mudah untuk periksa postur badan adalah sandarkan badan di dinding. Pastikan bahu, belakang kepala dan lutut dalam keadaan selari.

Anda juga boleh lihat menggunakan cermin.

Duduk

Jika duduk terlalu lama, anda tidak perasan bahawa anda semakin membongkok atau semakin rendah dari kedudukan asal. Perkara ini akan memberi kesan kepada tulang belakang dan bahagian pinggang.

Kekalkan posisi duduk dengan keadaan tegak dan kurangkan membongkok.

Bahu

Secara automatik, jika anda membongkok bahu anda akan ternaik menghampiri telinga. Dengan itu, otot akan sakit dan lenguh.

Luruskan bahu dengan keadaan relaks dan bersandar.

Berjalan

Jangan bebankan bahu ketika berjalan terutama apabila mengangkat beg yang terlalu berat. Lama-kelamaan anda akan mengalami sakit di bahagian bahu dan belakang.

Regangkan Badan

Apabila melakukan kerja di pejabat, sememangnya akan mengambil masa yang lama menghadap komputer dan duduk sepanjang hari. Jangan malas! Bangun setiap 30 minit dan regangkan badan.

Anda boleh berjalan sambil merehatkan mata daripada memandang skrin komputer terlalu lama.

Yoga Atau Pilates

Daftarkan diri di kelas yoga atau Pilates kerana ia membantu menguatkan otot dan seimbangkan postur badan dengan cara yang betul.

Kelas ini memberi fokus kepada otot abdomen dan pelvik.

Kasut

Walaupun kasut tumit tinggi memberikan penampilan lebih menarik dan yakin, tetapi ada juga perkara yang tidak baik iaitu tidak bagus untuk postur dan tulang belakang anda.

Dengan memakai kasut tumit tinggi, anda memaksa badan untuk berdiri tegak dan mengimbangkan badan. Kurangkan pakai kasut tumit tinggi, gantikan dengan kasut flat yang lebih selesa dan selamat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!