Ini Antara Hadiah Yang Sesuai Untuk Kelahiran Baru - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Ini Antara Hadiah Yang Sesuai Untuk Kelahiran Baru

Share

Setiap hari akan ada kelahiran baru. Mungkin daripada ahli keluarga, rakan-rakan yang dekat mahupun yang jauh. Anda juga mesti berasa gembira dan tidak sabar untuk berjumpa dengan mereka.

Tapi anda juga tidak tahu hadiah apa yang sesuai sebagai buah tangan untuk menziarah bayi dan rakan anda.

Sudah bosan dengan hamper, set pakaian dan set makanan untuk bayi.

Belilah sesuatu yang boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

Mari lihat hadiah apa yang comel dan sesuai untuk diberikan kepada bayi sebagai tanda anda juga tumpang gembira.

Kain Lampin
Kain lampin sangat berguna untuk membendung bayi, selimut, melapis tempat tidur atau dijadikan kelengkapan mandian.

Penggunaan dalam jangka masa panjang tidak membuatkan anda membazir jika memberi kain lampin. Kebiasaannya kain lampin akan dilipat dan diletakkan dalam beg kertas.

Apa kata gunakan kreativiti untuk mengubah kain lampin menjadi seperti sebiji kek.

Sangat menarik dan comel. Jika anda tidak mempunyai kemahiran seperti itu, anda boleh cari di media sosial untuk dapatkan kek lampin yang menarik.

Rakan anda akan sentiasa mengingati anda setiap kali menggunakan lampin tersebut.

Rompers
Sangat menarik jika bayi mempunyai baju yang tertulis nama sendiri.

Anda boleh menempah khas rompers dengan menulis nama bayi, gambar atau kata-kata yang comel.

Anda boleh memilih warna baju yang bersesuaian dengan jantina bayi seperti biru untuk lelaki dan merah jambu untuk perempuan.

Pastikan kain yang dipilih juga selesa dan tidak panas untuk bayi.

Selimut
Memandangkan bayi mudah demam atau dijangkiti sakit ringan.

Hadiahkan selimut untuk mengurangkan kesejukan kepada bayi.

Lebih elok jika selimut kait kerana sangat selesa dan bayi akan tidur dengan lebih lena.

Mainan Lembut
Untuk kelahiran baru mainan keras memang tidak sesuai.

Belikan mainan lembut yang boleh dijadikan sebagai penghadang atau peneman tidur.

Untuk lebih menarik, anda boleh menempah mainan yang bersulamkan nama bayi sebagai contoh patung beruang yang bersulamkan nama, tarikah lahir atau panggilan manja.

Pastinya patung beruang tersebut menjadi kegemaran si kecil.

Sesi Fotografi
Hadiah ini sangat bermakna kepada ibu bapa yang baru menyambut kelahiran bayi.

Lebih mudah jika anda adalah seorang jurugambar.

Hadiahkan satu sesi fotografi kepada rakan anda supaya dapat menyimpan kenangan sehingga bayi besar.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!