Ini Antara Perkara Penting Sebelum Menjadi Isteri - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Ini Antara Perkara Penting Sebelum Menjadi Isteri

Share

Adakah anda pasti anda bersedia untuk menjadi seorang isteri? Bukan mudah memikul gelaran isteri.

Tanggungjawab yang berat dan peranan yang besar sebagai isteri juga menjadi ahli baru dalam sebuah keluarga.

Sebelum melayari alam rumah tangga, pastikan anda mempunyai sifat ingin belajar sesuatu yang baru demi mendapatkan mahligai yang terindah.

Persiapan awal bukan sahaja untuk majlis anda, malah dari segi mental dan hati juga perlukan persiapan yang cukup.

Zaman bujang dan alam perkahwinan berbeza sama sekali dari segi masa, keperluan, tanggungjawab mahupun perangai anda.

Belajar Menjadi Cantik
Setiap wanita mempunyai cara tersendiri untuk kelihatan cantik.

Penampilan anda sebenarnya mempengaruhi orang sekeliling terutama rakan-rakan bakal suami anda.

Sentiasa bersedia dan bersiap apabila keluar kerana kemungkinan besar terserempak dengan kenalan si dia.

Oleh itu, pasangan anda yakin dan gembira apabila memperkenalkan anda sebagai suri hatinya.

Belajar Mengambil Berat
Tidak semua perempuan ‘clingy’. Mungkin anda bukan jenis perempuan yang selalu berkepit dengan pasangan.

Tetapi setelah anda membuat keputusan untuk sehidup semati bersamanya, belajarlah mengambil berat tentang si dia.

Jangan biarkan si dia sahaja sentiasa bertanyakan khabar anda, anda juga perlu buat benda yang sama untuk mendapatkan keharmonian dan mewujudkan perasaan sayang antara satu sama lain.

Jika tiada masa, sekurang-kurangnya anda bertanyakan aktiviti seharian dia sebelum tidur.

Belajar Mendengar
Semakin dekat dengan alam perkahwinan, semakin banyak perselisihan faham berlaku.

Apabila wujud masalah dalam hubungan, pastikan anda dan pasangan menyelesaikan masalah dengan baik.

Dengar dan bincang. Jangan bertindak di luar jangkaan.

Pastikan dengar masalah yang dihadapi dan cari jalan penyelesaian.

Dengan mendengar juga menunjukkan anda menghargai dan menghormati pasangan.

Belajar Mengawal Emosi
Jika emosi menguasai diri, segala masalah tidak dapat diselesaikan.

Oleh kerana ingin berumah tangga, bukan kepentingan diri anda sahaja yang perlu difikirkan.

Anda perlu membuang sikap ego dan emosi supaya masalah tidak berlarutan.

Belajar menahan diri daripada marah, ego terlalu tinggi dan kawal emosi.

Kebanyakkan pasangan gagal di alam perkahwinan kerana bermula daripada masalah kecil tetapi tidak dapat mengawal emosi.

Belajar Berbelanja
Semasa zaman bujang, segala perbelanjaan terhadap diri sendiri.

Keperluan atau kehendak segalanya untuk diri sendiri.

Tetapi tidak apabila anda sudah berumah tangga.

Anda dan pasangan perlu bijak berbelanja dan menguruskan wang supaya tidak mempunyai masalah di masa hadapan.

Untuk berbelanja kepada perkara yang tidak penting, utamakan keperluan yang penting untuk anda lebih peka terhadap setiap perbelanjaan yang dikeluarkan.

Belajar Memasak
Sebagaimana yang anda ketahui, memasak bukan tugas hakiki seorang isteri.

Tetapi tidak salah jika anda belajar memasak untuk memikat suami.

Bak kata orang, untuk memikat suami, pikat dengan masakan air tangan isteri.

Walaupun anda bekerjaya, jangan jadikan alasan dengan menyelesaikan tugasan sehari tidak sempat untuk memasak.

Anda boleh masak menu istemewa pada hari minggu.

Hidangkan menu kegemaran suami, pasti si dia akan mengingati kesedapan masakan anda.

Belajar Menguruskan Masa
Sebagai wanita bekerjaya, pasti masa anda terhad.

Walaupun anda tidak sempat menguruskan rumah tangga, anda boleh dapatkan bantuan si suami.

Bekerjasama untuk membuat kerja-kerja rumah, malah sekali-sekala minta tolong suami anda masak masakan ringkas dan anda menunggu di dapur.

Perkara-perkara kecil akan membuatkan keharmonian rumah tangga anda semakin erat dan saling sayang-menyanyangi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!