Ini Cara Terbaik Ajar Anak Kecil Mengenal Huruf Dengan Mudah - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Ini Cara Terbaik Ajar Anak Kecil Mengenal Huruf Dengan Mudah

Share

Budak-budak memang suka main. Hidup mereka adalah main dan sentiasa gembira. Bila masuk tadika, harapan ibu bapa tinggi kepada anak-anak. Kenal huruf, pandai baca, pandai tulis dan sebagainya.

Tapi bila prestasi anak anda tidak seperti yang diharapkan, tolong jangan kecewa. Tenang, berikan mereka masa dan jangan terlalu bergantung pada sesi pembelajaran di tadika sahaja. Anda sebagai ibu bapa juga perlu membantu untuk meningkatkan kemahiran anak-anak. Ini dia 5 tips mengajar anak membaca di rumah sambil bermain.

Sabar

Apabila mengajar anak, jangan tinggikan suara. Pastikan anda sentiasa dalam keadaan yang tenang dan mood baik. Jika ibu bapa sentiasa marah anak, mereka pun lemah dan putus asa. Kesian anak. Anda perlu memberi kerjasama dengan anak walaupun anak buat perangai. Yang penting sabar!

 

Masa Belajar

Masa belajar kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah berbeza. Kanak-kanak perempuan boleh belajar lebih lama berbanding lelaki. Bukanlah terlalu lama, masa pembelajaran yang sesuai sekurang-kurangnya lima minit. Selepas lima minit, biarkan mereka bermain. Sediakan mainan yang sesuai dengan sesi pembelajaran. Mereka boleh bermain sambil mengulang kaji.

 

Ulangan

Kerap ulang perkara yang mereka belajar. Kanak-kanak akan lupa jika belajar pada waktu yang singkat tetapi cepat bosan jika belajar terlalu lama. Jadi apa yang anda perlu buat adalah ulang perkara yang sama dengan kerap seperti selepas mandi, makan atau sebelum tidur.

 

Berhenti Sebelum Bosan

Ini adalah tips yang berguna. Berhenti belajar semasa mereka masih dalam mood belajar. Taktik ini sebenarnya membuatkan kanak-kanak tidak puas belajar dan ingin meneruskan pembelajaran. Tapi anda boleh stop dan mereka akan meminta untuk belajar.

 

Puji

Bagi mereka semangat dengan kata-kata pujian. Anak-anak akan rasa gembira dan mahu buat yang lebih baik jika ibu bapa memuji kepandaian mereka. Mereka akan lebih yakin dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!