Ini Hint Jika Lelaki Sayang Anda Tanpa Ucap Sayang - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Pilihan Bae & Beauty

Ini Hint Jika Lelaki Sayang Anda Tanpa Ucap Sayang

Share

Sebagai perempuan pasti akan rasa gembira bila pasangan sering mengungkapkan kata sayang.

Tetapi tidak semua lelaki suka menggunakan perkataan ‘sayang’ sebagai tanda dia menyanyangi anda.

Jangan pula anda timbul rasa curiga dan berfikir yang tidak baik.

Sebenarnya anda sendiri perlu tahu hidden message daripada lelaki. Sekarang lihat hint lelaki yang sebenarnya sayangkan anda.

Kerap Hubungi

Sifat lelaki yang malas layan perkara remeh akan bertukar menjadi perkara yang penting. Iaitu membalas pesanan anda dengan pantas atau cuba menghubungi anda tidak mengira waktu.

Jika ada lelaki yang sering menghubungi dan mengambil berat mengenai anda. Itu tandanya dia sudah ada hati terhadap anda.

Menyakat

Tidak dinafikan kadang-kala perangai lelaki sedikit annoying dengan cara gurauannya. Tetapi itulah cara dia menunjukkan rasa sayang.

Walaupun sentiasa menyakat dan mengusik, si dia tetap menjaga perasaan dan mengambil berat terhadap anda.

Menggembirakan

Senyuman perempuan adalah pengubat hati lelaki. Dia akan gembira apabila melihat anda ketawa dan sentiasa tersenyum. Lelaki akan melakukan apa sahaja bila sudah sayang, tidak semestinya mereka membelikan hadiah untuk anda.

Lawak jenaka lelaki juga sebenarnya adalah tanda mereka sudah mula menyanyangi anda. Jadi jangan lupa senyum selalu.

Sering Memuji

Lumrah wanita suka dipuji dan dihargai. Lelaki yang menyanyangi anda tidak lekang memuji dari segi penampilan, hati budi atau perbuatan anda.

Mereka sentiasa memberi kata-kata positif supaya anda sentiasa bersemangat. Tapi hati-hati dengan sweet talker, anda perlu bijak menilai.

Cerita Tentang Masa Depan

Tanda lelaki betul-betul sayangkan anda apabila dia mula bercerita mengenai masa hadapan. Lelaki tidak akan bercakap sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti tetapi jika ini terjadi bermakna lelaki itu sudah mula yakin kepada anda.

Walaupun dia cuma bercerita, bermaksud dia sudah merancang masa hadapan. Sebab itu, lelaki tidak mahu tergesa-gesa untuk meneruskan langkah, kerana mereka mempunyai visi dan misi tersendiri.

Menasihati

Lelaki yang menyanyangi anda akan berterus terang dan sentiasa menasihati mengenai hal-hal dunia dan akhirat. Jika ada lelaki yang sentiasa mengingatkan anda supaya menjadi insan yang lebih baik, bermakna dia inginkan anda menjadi peneman hidup yang terbaik untuknya.

Tetapi zaman sekarang, sudah ramai menjadi penunggang agama, anda perlu memilih dengan teliti dan bijak supaya tidak tertipu.

Memberi Ruang

Lelaki tidak akan cuba mengawal kehidupan anda. Tidak bermakna mereka tidak sayang tetapi mereka mahukan anda selesa dan tidak terikat dengannya.

Ruang yang diberi jangan disalah guna, jaga batas anda dan tahu menjaga hubungan bersama lelaki lain. Hargai pasangan anda.

Lembut Hati

Ego dan keras kepala adalah sifat lelaki. Jika sifat ini beransur hilang, membawa maksud anda sudah mula mendapat tempat di hatinya.

Perubahan yang ketara jika lelaki mula menangis di hadapan anda. Jangn sesekali anda hilangkan kepercayaan dia terhadap anda.

Perhatian

Lelaki juga perlukan perhatian, jika mereka mula berubah menjadi manja dan pandai merajuk, itu tandanya dia mahukan perhatian dari anda.

Pujuk dan berikan lelaki rasa apa yang anda rasa!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!