Inspirasi Raja Sehari : Hiasan Pelamin Nikah - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Inspirasi Raja Sehari : Hiasan Pelamin Nikah

Share

Pelamin adalah perkara pertama yang akan dinilai jika ke majlis perkahwinan.

Setiap manusia mempunyai citarasa tersendiri.

Anda sudah mengimpikan hiasan pelamin yang gah dan nampak mahal tetapi dalam masa yang sama tidak mahu nampak serabut dan terlalu berat.

Mari lihat inspirasi hiasan pelamin yang cantik dan tidak jemu mata memandang.

Kayu Pallet Dan Bunga

Gunakan kayu pallet sebagai latar belakang pelamin. Hiaskan dengan bunga-bunga yang berwarna lembut untuk dipadankan dengan warna kayu.

Anda juga boleh gabungkan beberapa bunga yang berwarna pastel pasti memberi kesan yang ‘sweet’ dan segar. Pelamin seperti ini dinamakan sebagai rustic floral.

Moden Dan Ringkas

Jika anda gemar hiasan yang ‘minimalist’, tema ini sangat sesuai. Tidak banyak warna yang diperlukan, hanya warna putih dan coklat.

Sebagai contoh, hiaskan pelamin anda dengan kerusi putih dan tambahan elemen semulajadi yang berwarna coklat muda.

Warna Putih Dan ‘Bubblegum’

Anda hanya memerlukan kain putih sebagai latar belakang dan hiasan yang ‘ringan’ untuk menampakkan corak pada pelamin. Gunakan warna yang lebih menyerlah tetapi masih dalam mood ‘sweet’ seperti merah jambu lembut, biru muda dan ungu terang untuk menaikkan seri pelamin.

Warna ‘bubblegum’ ini memberi kesan sebagai ‘penyejuk’ mata walaupun tona warna yang digunakan terang.

Ceria Dan Muda

Jika anda bukan seorang penggemar bunga. Anda boleh dapatkan pelamin impian yang tidak menggunakan bunga tetapi masih kelihatan eksklusif. Gunakan kerusi pelamin yang ringkas dan tidak terlalu banyak hiasan ukiran.

Letakkan bantal yang berwarna pastel di sekeliling pelamin. Tambahakn sedikit hiasan floral untuk kelihatan menarik dan tidak terlalu kosong.

Menyerlah Dan Meriah

Bukan semua pelamin perlukan sentuhan yang ringkas dan warna yang selamat. Keluar daripada zon selesa dan cuba pelamin yang penuh dengan hiasan. Jangan bazirkan ruang yang ada, hiaskan pelamin anda dengan bantal dan kerusi yang mempunyai ukiran.

Letakkan lampu yang bertiang untuk memberi kesan pencahayaan. Penuhi lantai pelamin dengan kelopak bunga. Walaupun nampak penuh tetapi masih kelihatan mewah dan anda akan merasakan seperti seorang puteri di atas takhta.

Dalam Taman Dan Semula Jadi

Memandangkan cuaca di Malaysia tidak menentu, konsep pelamin di dalam taman tidak sesuai. Tetapi tidak bermakna anda tidak dapat mencapai impian untuk bersanding di pelamain ala-ala di dalam tanam. Pelamin dalam taman perlukan warna yang lebih ‘earthy’ seperti hijau, putih dan coklat.

Kerusi dan latar belakang yang berwarna coklat, hiasan pelamin yang berwarna hijau dan sedikit bunga sudah memberi kesan seperti di taman. Tambahkan juga ranting pokok dihujung pelamin untuk menyerlahkan lagi konsep semula jadi.

Ala Nikah Di-Raja

Gunakan dinding yang tinggi dan hiaskan dengan pelamin dengan kain yang memberi kesan mewah seperti warna emas, ungu lembut, ‘royal blue’ atau putih.

Letakkan kerusi tinggi dengan kaki berukir untuk menampakkan kesan ‘raja’. Dengan sentuhan manik dan hiasan bunga ringkas di kiri kanan pelamin akan menjadikan pelamin anda lebih lembut.

Tradisional

Sekali-sekala gunakan konsep tradisional untuk mengingat kembali asal-usul melayu. Hiasan yang bertemakan tradisional akan menjadi ingatan kerana konsep kemelayuan menyerlah tambahan pula anda memakai pakaian songket.

Hiasan yang klasik dan tidak terlalu berat menampakkan anda seperti wanita melayu terakhir. Gunakan tempat duduk berukir dan bunga pahar di kiri kanan pelamin. Anda juga boleh letakkan alatan merenjis tepung tawar tradisional atau payung klasik di sisi pelamin.

Konsep Inggeris

Konsep ala inggeris sememangnya menggunakan bunga segar dengan warna yang sangat lembut seperti merah jambu lembut dan putih.

Pasangkan pelamin anda dengan kain dan letakkan 2 tiang lampu cantik dan antik. Jangan lupa letakkan bunga segar di tepi pelamin untuk mengindahkan lagi suasana.

Konsep Inggeris Klasik

Jika konsep inggeris menggunakan warna putih dan merah jambu lembut. Konsep inggeris klasik menggunakan warna putih dengan kuning lembut.

Sama seperti konsep inggeris, lepaskan kain putih di bahagian belakang pelamin dan hiaskan bunga-bunga yang berwarna kuning lembut. Gunakan sepasang kerusi yang ‘simple’. Sentuhan manik memberikan kesan esklusif dan mewah.

Konsep Inggeris ‘Vintage’

Vintage menjadi terkenal sejak beberapa tahun lalu. Jika anda berjiwa vintage, hiaskan pelamin dengan rak rendah yang berwarna putih dan kerusi kayu yang ringkas.

Jadikan bingkai gambar klasik sebagai latar belakang pelamin anda.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!