Jangan Ambil Lewa Tentang Kerusi Keselamatan Bayi - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Jangan Ambil Lewa Tentang Kerusi Keselamatan Bayi

Share

Sejak dua menjak ini, topik kerusi keselamatan atau car seat hangat dibincangkan. Sebenarnya semua orang akui car seat dalam kereta adalah perkara yang sangat penting untuk keselamatan anak-anak.

Banyak tragedi yang berlaku yang melibatkan nyawa anak-anak kecil yang tidak bersalah.

Tidak kira anda memilih kerusi keselamatan yang mahal atau murah, selagi mampu menyelamatkan nyawa dan memberi keselesaan kepada anak anda boleh beli. Ketahui kepentingan kerusi keselamatan untuk si kecil.

Keselamatan

Jangan memandang ringan perkara ini. Ramai ibu bapa menganggap kerusi keselamatan bayi satu perkara yang leceh kerana bayi akan menangis dan susah untuk memberi susu kepada bayi bagi yang masih menyusu.

Malang tidak berbau, jangan anda berani mempertaruhkan nyawa anak dengan sikap malas anda. Tidak kira perjalanan jauh atau dekat, letakkan anak anda dalam car seat demi keselamatannya.

Ibu Bapa Memandu Seorang Diri

Pada awalnya memang bayi akan menangis apabila di letakkan di dalam kerusi keselamatan kerana tidak biasa dan tidak selesa untuk pertama kali. Lama-kelamaan bayi dapat menyesuaikan diri.

Jadi ia memudahkan kepada ibu bapa yang sering memandu sendirian. Anda tidak perlu bersusah payah memantau keadaan anak, pastinya selamat jika di letakkan dalam car seat itu.

Jadikan Rutin

Anak-anak akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan kerusi keselamatan jika setiap kali menaiki kereta anda letakkan mereka di dalam kerusi tersebut.

Jika anda tidak jadikan ia sebagai rutin, anak boleh memilih untuk tidak duduk di dalam kerusi keselamatan. Tetapi jika anda dudukkan mereka dalam kerusi keselamatan setiap kali menaiki kereta, mereka akan lebih faham. Anda perlu konsisten dengan perkara ini.

Anak Belajar Tidur Sendiri

Perasan atau tidak anak kecil akan cepat tertidur di dalam kereta. Perkara ini berlaku kerana gegaran kereta semasa memandu membuatkan mereka mudah tidur.

Untuk perjalanan yang panjang, pastikan keadaan anak anda selesa seperti lampin yang bersih dan perut yang kenyang. Secara tidak langsung anak kecil belajar untuk tidur dengan sendiri tanpa bantuan ibu bapa.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!