Jangan Buang Bulu Jagung, Amalkan Teh Bulu Jagung Untuk Kesihatan Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Jangan Buang Bulu Jagung, Amalkan Teh Bulu Jagung Untuk Kesihatan

Share

Sebiji jagung mengandungi banyak khasiat seperti kaborhidrat, protein, vitamin, zat besi dan potassium. Tetapi bulu jagung sering dibuang dan tidak digunakan. Untuk pengetahuan anda bulu jagung juga memberi banyak manfaat kepada tubuh badan.

Pada zaman dahulu, bulu jagung digunakan sebagai ubat tradisional untuk mengatasi beberapa penyakit. Zaman sekarang pula bulu jagung dibuang begitu sahaja. Apa kata anda cuba amalkan teh bulu jagung sebagai minuman tambahan untuk meningkatkan kesihatan.

Detoks Untuk Tubuh

Bulu jagung merangsang menghapuskan toksin dalam badan. Sifat antioksidan membantu mengurangkan risiko lemak pada hati dan berfungsi sebagai melacarkan perjalanan sistem perkumuhan.

Berat Badan

Sila amalkan teh bulu jagung kerana ia membantu dalam diet seharian anda. Ia membantu mengurangkan rasa lapar, tingkatkan metabolisma dan membuang toksin dalam badan.

Saluran Pundi Kencing

Amalkan teh bulu jagung membantu untuk mencegah jangkitan bakteria pada pundi kencing. Ia bersifat antiseptik dan diuretic yang mampu mengurangkan keradangan, iritasi dan pertumbuhan bakteria.

Tekanan Darah Tinggi

Bulu jagung mengandungi flavonoid yang boleh mengawal tekanan darah tinggi. Oleh itu, kepada yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, elok amalkan minum teh bulu jagung.

Gula Dalam Darah

Kepada pesakit diabetis pula, anda juga sesuai mengamalkan teh bulu jagung kerana ia membantu meningkatkan daya tubuh badan, kadar insulin dan kolesterol.

Sakit Kepala

Bulu jagung dapat menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah, kurangkan lenguh pada bahu dan leher. Selain daripada mengambil ubat, anda juga boleh cuba minum teh bulu jagung dan berehat.

Hidung Tersumbat

Teh bulu jagung membantu melegakan hidung tersumbat. Jika anda mengalami selsema, teh bulu jagung membantu membersihkan saluran pernafasan dan melegakan laluan hidung tersumbat.

Lenguh Sendi

Selain itu, teh bulu jangung adalah salah satu pengubat lenguh sendi. Sifat anti keradangan membantu seimbangkan pH dalam badan dan jangkitan kuman.

Ibu Mengandung

Kepada wanita mengandung tidak disarankan untuk mengamalkan teh bulu jagung. Dapatkan nasihat doktor untuk mengesahkan sebarang kemungkinan yang berlaku pada anda dan kandungan. Ikuti nasihat doktor dan patuh pada arahan.

Cara Membuat Teh Bulu Jagung

Sediakan 30 gram bulu jagung dan 1 liter air.

Didihkan air dan masukkan bulu jagung.

Biarkan selama 2 minit, tapis air rebusan tersebut.

Amalkan minum air teh bulu jagung setiap hari sebanyak 3 ke 4 sudu.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!