Jangan 'Layan' Phone Sebelum Tidur! - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Jangan ‘Layan’ Phone Sebelum Tidur!

Ain Huda
Share

Ramai orang tidur lambat sebab layan phone. Tengok Instagram, Twitter, Facebook, WeChat, YouTube, dengar lagu eh macam macam ada sampai tak tidur. Kajian mengatakan cahaya daripada telefon bimbit memberi kesan tidak baik untuk badan dan otak. Mata pun boleh rosak.

Penggunaan telefon bimbit dua jam sebelum tidur adalah rutin yang tidak sihat, bahaya tau! Tak kiralah korang bekerja office hour atau ikut shift, letak jauh jauh phone korang sebelum tidur. Make sure set alarm siap siap takut terlajak tidur pula.

Hormon Melatonin Terjejas

Hormon melatonin adalah hormon tidur yang berfungsi sebagai isyarat kepada badan untuk berehat dan tidur. Kalau korang tidur lambat, hormon melatonin akan semakin berkurang. Cahaya daripada telefon akan mengurangkan rembesan melatonin dan lama kelamaan mata korang semakin segar. Bila segar, tu jadinya tidur lambat!

 

Tidak Cukup Rehat

Kalau tak cukup tidur automatik otak korang pun tak cukup rehat. Otak korang akan bekerja lebih masa dan menerima maklumat yang terlalu banyak dalam satu hari. Ia memberi kesan kepada produktiviti dan tahap alert seseorang. Kalau hari hari tidur lambat, badan jadi lemah dan otak pun tak berfungsi dengan baik.

 

Tidur Lebih Cepat

Kalau korang mengadap phone sebelum tidur, lagi lambat waktu tidur korang. Untuk orang dewasa waktu tidur yang cukup adalah tujuh hingga lapan jam. Bayangkan kalau korang ‘layan’ phone sampai dua, tiga pagi, lepas tu kena bangun pergi kerja pukul enam pagi. Tak cukup tujuh jam. Jadi, letak phone di tepi dan ambil sedikit masa untuk lelapkan mata lebih awal.

 

REM Sleep Semakin Terjejas

Rapid Eye Movement Sleep (REMS) adalah tahap kelenaan tidur. Kalau korang tidur dengan cukup, tahap ingatan, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah sangat baik. Kalau tak cukup, proses untuk membaik pulih sel otak tidak cukup masa. Ia memyebabkan pembelajaran dan ingatan terjejas, moody sepanjang hari, mudah untuk dapat serangan jantung, diabetes dan obesiti.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!