Jangan Panik Kalau Kereta Rosak Semasa Memandu! Kekal Tenang & Lakukan 4 Langkah Ini - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Jangan Panik Kalau Kereta Rosak Semasa Memandu! Kekal Tenang & Lakukan 4 Langkah Ini

Avatar
Share

Kalau tengah drive tiba-tiba kereta rosak apa yang korang buat? Nak pula drive seorang. Kalau dalam kawasan perumahan atau di tengah bandar, mungkin tak ada masalah dan ramai yang boleh tolong.

Malang tak berbau. Jadi, sebelum berlaku kejadian macam ni terutama para wanita, ambil tahu dan belajar langkah langkah bila kereta rosak. Paling penting jangan panik dan jangan menangis ibarat di tepi bucu katil.

Berhenti Dengan Selamat

Apa cara sekali pun, kalau kereta korang berasap atau tayar bermasalah. Perlahan lahan tekan pedal brek dan bagi signal untuk ke tepi. Sama ada di bahu jalan atau laluan kecemasan. Jangan brek mengejut. Kawal stering kereta sebaiknya.

 

Lampu Kecemasan

Bila korang dah selamat di bahu jalan, tekan lampu kecemasan atau double signal untuk memandakan korang ada masalah dan bagi alert kepada pemandu lain. Kalau pada malam hari, pasang juga lampu dalam kereta.

 

Segi Tiga Amaran

Letak segi tiga amaran atau warning triangle lebih kurang 45 meter dari belakang kereta. Selalunya setiap kereta dah ada. Tapi kalau tak ada, tolong beli! Sebab ia sangat penting bila berlaku kecemasan.

 

Bantuan

Minta bantuan daripada orang yang paling korang percaya seperti ahli keluarga, kawan terdekat atau mana mana mekanik yang korang kenal. Kalau kerosakan kereta korang memerlukan towing, pastikan korang berurusan dengan pihak insurans. Jangn mudah percaya jika ada yang cuba menolong untuk tunda kereta korang tu!

Selain daripada langkah langkah di atas. Korang boleh guna satu teknik mudah. Tapi teknik ini untuk kerosakan ringan dan tidak sesuai digunakan di highway.

Pengguna Twitter kongsi cara menolak kereta kalau korang seorang seorang. Hati hati ya, girls! Kalau tak mampu jangan buat!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!