Jangan Terlalu Stress Dengan Komitmen, Ini Cara Tingkatkan Semangat Saat Kritikal - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Jangan Terlalu Stress Dengan Komitmen, Ini Cara Tingkatkan Semangat Saat Kritikal

Avatar
Share

Korang dapat rasa tak tahun 2020 ni sangat mencabar. Bukan pada individu je tapi untuk seluruh dunia! Macam macam hal yang berlaku pada tahun ni. Paling sedih kita dengar berita kematian disebabkan tak mampu meneruskan komitmen hidup. Please jaga kesihatan diri, mental dan fizikal. Kalau korang ada masalah berat, jumpalah doktor untuk berbincang dan merawat.

Walaupun macam macam hal, tak semestinya kita kena bersedih dan tak semangat sepanjang hari. Ubah diri kita untuk menjadi orang yang lebih bahagia. Menurut doktor pakar psikologi, ada beberapa cara menaikkan semangat dan jadi lebih bahagia disaat ‘tersepit’ seperti sekarang. Tolong ye, jangan bertindak mengikut perasaan.

Elak Check Handphone

Mesti ramai yang buat, bangun je tidur, terus capai phone check notification. Stop! Jangan amalkan. Mental korang tidak bersedia untuk bekerja secepat itu. Sepatutnya bangun dari tidur buat regangan otot untuk ‘kejut’ sistem badan mulakan bekerja. Barulah cergas sepanjang hari.

 

Jangan Push Diri

Walaupun banyak perkara yang korang kena selesaikan, pastikan dapat rehat yang cukup. Makan bila sampai waktu dan rehatkan minda seketika. Jangan terlalu workaholic sampai terabai kesihatan diri. Selesaikan satu per satu, seimbangkan kehidupan bekerja dan masa lapang. Jadualkan aktiviti dengan betul, okay?

 

Jadi Lebih Kreatif

Bukan kena buat origami. Tapi selesaikan masalah korang dengan kreatif. Jangan stress! Bila korang ada masalah sama ada di pejabat atau hubungan, selesaikan dengan kreatif untuk meningkatkan mood dan mendapatkan pencapaian yang maksimum. Cari jalan terbaik dan cipta perkara baru untuk lebih bersemangat.

 

Keluar Dari Zon Toksik

Hubungan toksik dengan pasangan, kawan kawan atau keluarga, pastikan korang semua tidak terlibat dengan aura negatif ini! Lari jauh jauh. Bukanlah putuskan hubungan keluarga tapi kurangkan atau jarakkan hubungan sedikit sebab orang toksik ni akan memberi kesan buruk kepada korang. Dari atas sampai bawah semua tak kena, korang juga yang sedih. Jadi untuk elakkan tenaga toksik tu, korang kena berkawan dengan orang yang sentiasa sokong dan berfikiran positif.

 

Terapi Diri

Tak perlu pergi spa mahal mahal, tak perlu pergi bercuti yang memerlukan duit yang banyak. Buat dekat rumah pun dah okay. Macam menyalakan lilin aromaterapi, buat urutan pada pasangan, mandi air bunga atau lakukan aktiviti luar seperti berkebun. Nak lagi seronok buat dengan keluarga. Dapat juga luangkan masa bersama. Kalau mini spa, sediakan barang keperluan dan manjakan diri korang. Kalau bercucuk tanam akan membawa hasil. Dapat juga makan sayur segar hasil tanaman sendiri. Seronoknya!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!