Hujung Minggu Je Duduk Rumah Bosan! Jom Menggembara Dengan Keluarga, Sediakan 4 Perkara Mudah Ini Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Hujung Minggu Je Duduk Rumah Bosan! Jom Menggembara Dengan Keluarga, Sediakan 4 Perkara Mudah Ini

Share

Pilih destinasi yang bersesuaian untuk aktiviti berkeluarga. Tujuan penggembaraan ini bukanlah hanya untuk isi masa lapang tapi ia penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Mungkin sudah lama tak berkumpul, tak melakukan aktiviti bersama sehinggakan hubungan terasa semakin jauh.

Jadi, bercuti bersama keluarga adalah salah satu cara untuk merapatkan semula hubungan dan yang penting dapat bergembira bersama. Jom mulakan perjalanan korang!

Ready To Go!

Buat persediaan awal. Tukar minyak kereta, pam tayar dan pastikan kereta korang selamat untuk berjalan jauh. Sediakan alatan kecemasan, lampu suluh, air botol, alat pertolongan cemas dan alat menukar tayar. Jangan lupa juga periksa trafik perjalanan korang. Jangan bertolak terlalu lambat atau set masa untuk bertolak. Bila semuanya lengkap, perjalanan korang pun lancar dan gembira.

 

Nikmati Perjalanan

Bercuti memang best. Tak kira naik pengangkutan awam atau kereta sendiri. Korang nikmati setiap saat perjalanan untuk menuju ke destinasi. Pengalaman yang korang dapat tak akan berulang. Setiap perjalanan mempunyai pemandangan yang berbeza. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melihat semua perkara di sekeliling korang!

 

Mainan

Kalau bercuti dengan keluarga, benda paling best adalah main game! Bawa hiburan kegemaran korang seperti game board. Scrabble board, monopoly atau kad permainan. Masa tu korang akan rasanya betapa akrabnya hubungan antara keluarga. Sambil main permainan boleh mengimbau zaman kecil.

 

Jadikan Tradisi

Setiap trip melancong korang sekeluarga, ambik gambar sebagai kenangan. Balik nanti boleh tambah koleksi gambar bercuti bersama keluarga. Jadikan ia sebagai alah satu aktiviti tahunan keluarga. Menarik, kan?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!