Jom Tengok Alatan Keperluan Rumah Yang Best Daripada Eco-Shop! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Jom Tengok Alatan Keperluan Rumah Yang Best Daripada Eco-Shop!

Share

Kedai Eco-Shop ni macam macam ada. Outlets pun semakin bertambah. Barang yang dijual daripada makanan sampailah alatan dapur. Yang teruja kedai macam ni mestilah kanak kanak dengan para perempuan yang sering menjalankan tugasan di rumah.

Banyak alatan yang mudah dan jimatkan waktu membersihkan rumah. Alatan membersihkan rumah tak perlu yang mahal, cukup sedakar memudahkan kerja dan rumah kemas. Itu je! Ini antara barang yang patut ada di rumah. Nanti bolehlah explore Eco-Shop lagi!

Food Seal Bag Clip

Dah buka jajan atau makanan ringan, tak perlu lagi ikat dengan getah. Guna food seal bag clip ni, lagi senang. Boleh guna banyak kali pula.

 

Zipper Bag

Ini sangat penting untuk menyimpan makanan segar. Jimat tempat penyimpanan dan mudah diuruskan. Tak perlu lagi bekas ais krim untuk simpan ayam! Mulai sakarang guna zipper bag, okay? Jangan bagi harapan palsu dah.

 

Pineapple Eye Peeler

Siapa suka makan nanas, boleh beli penyepit ini. Jangan buang masa membuang mata nanas guna pisau. Pineapple eye peeler memudahkan dan mempercepatkan masa untuk buang mata nanas. Taklah berselerak dapur korang tu nanti.

 

Magic Sponge

Banyak kegunaan magic sponge ni yang utamanya adalah membantu membersihkan semua permukaan. Contohnya, dakwat pen, permanent maker, warna atau apa apa saja boleh tonyoh dengan span ni. Kasut yang kotor, kesan jari pada suis, kilatkan peralatan masakan, bersihkan bekas minyak masak dan macam macam lagi. Beli je magic sponge, selesai semua masalah!

 

Laundry Soap

Kejap! Ini bukan setakat boleh basuh baju je tau. Korang juga boleh gunakan sabun ni untuk basuh kuali yang ada kotoran degil tu. Berus sampai hilang kesan masakan dalam kuali dan kerak belakang kuali. Confirm lepas tu kuali pun macam baru. 

 

Underwear Laundering Bag

Nak basuh underwear atau panties masukan dalam laundering bag. Panties tidak akan bercampur dan tersangkut pada baju lain. Ia juga lebih bersih. Selain panties, korang boleh guna untuk basuh bra.

 

Plastik Sampah

Bukan plastik sampah yang biasa warna hitam atau biru tu. Ada beberapa jenis warna. Setiap warna ada bau. Wangi sangat! Sangat sesuai untuk sesiapa yang ada anak kecil. Banyak pampers dibuang, plastik ini sesuai untuk hilangkan bau. Taklah mengganggu hidung.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!