Kalau Mengandung Je Kena Minum Air Gula, Kenapa? Ini Tips Elak Termuntah Lepas Minum Air Gula - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Kalau Mengandung Je Kena Minum Air Gula, Kenapa? Ini Tips Elak Termuntah Lepas Minum Air Gula

Share

Modified Glucose Tolerance Test (MGGT) atau bahasa mudahnya ujian minum air gula adalah untuk ibu mengandung yang berisiko menghidapi penyakit kencing manis. Ujian ini dijalankan kepada ibu ibu dalam kategori obesiti iaitu BMI melebihi 30, mempunyai sejarah diabetes, sejarah mengandung bayi yang bersaiz besar, latar belakang yang mempunyai penyakit kencing manis, wanita mengandung yang berumur 25 tahun ke atas, wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan.

Kepada ibu yang mempunyai salah satu masalah di atas, perlu minum air gula yang disarankan oleh doktor. Bukan air gula dekat rumah tu! Sebelum minum air gula, ibu ibu perlu berpuasa pada malam sebelum ke klinik mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Selepas nurse mengambil darah (fasting blood sugar) untuk ujian seterusnya, ibu perlu minum air gula pekat. 75gm glukosa dan 250ml air.

 

 

Sebenarnya ada tips untuk ibu ibu mengandung yang kena minum air gula ni. Yang penting jangan muntah! Kalau muntah, ujian darah dikira batal dan kena minum air gula sekali lagi. Fuh, elakkan ya!

Okay, ini dia tips untuk minum air gula dengan jayanya.

Minum air gula semasa masih suam.

Jangan tarik nafas atau minum dengan sekali nafas. Kalau nak picit hidung pun boleh. Ikut mana korang selesa.

Selesai telan air gula, kumur mulut korang untuk hilangkan rasa gula dan loya.

Berehat dan lupakan kejadian yang menyedihkan itu.

 

 

Ibu mengandung masih berpuasa selepas minum air gula! Hanya dibenarkan minum air kosong sahaja. Ala, kesiannya. Ibu kena tunggu dua jam sebelum nurse ambil ujian darah yang kedua. Puasa akan tamat selepas mengambil darah yang kedua.

Semoga bakal bakal ibu atau ibu yang menambah anak terus kuat dan tabah. Selamat menimbang cahaya mata!

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!