Kaum Wanita, Jangan Takut Travel Solo - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Pilihan Editor Trend

Kaum Wanita, Jangan Takut Travel Solo

Share

Ramai yang mengimpikan hasrat untuk melancong ke serata dunia dan mengenali budaya dan cara hidup yang berbeza. Melancong secara bersendirian atau travel solo lebih diutamakan kepada lelaki.

Apa salahnya kalau seorang perempuan ingin melancong secara bersendirian? Banyak aspek yang perlu diambil kira apabila seorang perempuan ingin melancong secara bersendirian terutama ke negara yang tidak pernah dijejaki.

Sebelum anda membuat keputusan untuk bergerak sendiri, semak tips berguna ini.

Sebelum Memulakan Percutian

Buat Kajian

Anda memilih untuk melancong secara solo, jadi jangan malas untuk buat kajian mengenai destinasi yang ingin dituju terutama ke luar negara. Jelas sekali semua perkara akan jauh berbeza daripada Malaysia.

Kajian ini bukan sahaja fokus kepada mata wang malah jenis pengangkutan awam, makanan, tempat yang menarik untuk dilawati dan cuaca. Jangan anda pergi tanpa mempunyai informasi tentang negara atau tempat tersebut, susah nanti.

Bajet

Apabila sudah tahu mata wang yang digunakan dan nilai pertukaran wang. Pastikan anda mempunyai bajet yang cukup untuk melancong. Jika anda melancong secara backpack, ia tidak menjadi masalah kerana anda seorang yang low-maintenance tetapi jika anda seorang yang sangat mementingkan keselesaan pastikan anda sediakan wang yang secukupnya.

Jangan lupa mungkin sesetengah negara atau tempat lebih banyak menggunakan kad kredit atau cashless.

Insuran Pelancongan

Insuran pelancongan atau travel insurance sangat penting tetapi sebenarnya ia bukanlah perkara wajib. Memandangkan anda mahu melancong bersendirian, perkara ini menjadi paling wajib untuk anda.

Anda boleh memilih travel insurance daripada mana-mana agensi cuma anda perlu pastikan pelindungan yang ditawarkan semasa anda bercuti. Jika anda mengalami perkara kecemasan, anda tidak perlu risau kerana anda sudah mempunyai pelindungan yang meyakinkan.

Roaming Atau Beli Sim Kad

Bercuti semestinya anda akan memuat naik gambar. Pilih antara roaming nombor telefon atau anda beli sim kad tempatan khas untuk pelancong.
Tips tambahan, anda boleh membeli sim kad tempatan kerana ia lebih murah.

Tempat Menarik

Tujuan bercuti adalah mengunjungi tempat menarik, tetapi ingat tidak semua tempat sesuai untuk pergi seorang diri. Dapatkan informasi daripada kenalan yang mempunyai pengalaman atau rakan anda yang menetap di negara tersebut.

Sekurang-kurangnya bagitahu kenalan anda yang anda mahu ke destinasi itu. Atau lebih mudah anda sertai kumpulan pelancong lain. Anda juga akan dapat kawan baru. Beringatlah, jangan berani untuk ke kawasan yang memang bahaya.

Semasa Bercuti

Penginapan

Anda seorang backpack yang hanya perlukan tempat untuk merehatkan badan. Pilih tempat penginapan yang sesuai dan tidak terlalu mahal. Mungkin anda perlu berkongsi bilik dengan orang yang anda tidak kenal.

Jaga barang-barang anda. Tidak salah untuk beramah mesra tapi pastikan anda tidak mendedahkan barang berharga seperti kamera, duit dan pengenalan diri. Sentiasa menyimpan barang anda dengan selamat.

Pemberitahuan

Travel solo membuatkan orang lain risau dengan keadaan anda di sana. Untuk mengurangkan kerisauan ibu bapa dan keluarga, pastikan anda memberitahu mereka setiap tempat yang anda kunjungi.

Terutama jika anda ke tempat yang tidak mempunyai line telefon seperti kawasan berbukit, dalam hutan atau kawasan pergunungan. Bagitahu mereka dan hantarkan gambar untuk mereka lebih gembira.

Peka

Jangan sesekali leka. Sentiasa peka kepada keadaan sekeliling. Jaga barangan anda, jangan letak bag merata-rata. Jangan meminta pertolongan orang lain untuk jagakan bag atau bawakan bag anda.

Bahaya! Jadi paranoid adalah salah satu tips. Lebih baik anda selamat daripada anda menyesal kemudian.

Selepas Bercuti

Periksa Kesihatan

Sudah selamat pulang ke rumah. Setelah melalui cabaran bercuti secara bersendirian. Pastinya badan lebih penat dan tidak cukup rehat.

Malah mungkin anda akan demam. Berehatlah dan periksa tahap kesihatan anda.

Semak Semula

Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, semak semula perjalanan percutian anda untuk percutian seterusnya. Betulkan apa yang kurang seperti itineri, bajet dan tips yang sesuai untuk diri anda.

Jika ia berguna, apa salahnya anda kongsikan dengan wanita lain untuk kemudahan bersama. Yang penting rancang perjalanan dan jaga keselamatan diri.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!