4 Cara Naikkan Kolagen Dalam Badan, Barulah Kulit Cantik Tanpa Filter );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

4 Cara Naikkan Kolagen Dalam Badan, Barulah Kulit Cantik Tanpa Filter

Share
kolagen

Kebanyakan produk kesihatan dan kecantikan di pasaran sering mengandungi kolagen dimana ia bukan sahaja dapat merawat kulit malah bermanfaat untuk tubuh badan.

Kolagen merupakan sejenis protein yang terdapat pada jaringan otot, tulang, tendon, pembuluh darah dan sistem pencernaan.

Semakin meningkat usia seseorang, tubuh badannya secara tidak langsung akan menghasilkan sedikit kolagen.

Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk meningkatkan kadar kolagen di dalam tubuh dengan mudah, antaranya dengan mengambil supplement, menambah makanan tertentu dan konsisten dengan melakukan senaman.

1. Makanan Asid Hyaluronik

Kebanyakan wanita hanya mengetahui asid hyaluronik hanya terdapat pada produk penjagaan kulit sahaja.

Namun bagi meningkatkan kadar kolagen secara semula jadi, anda juga boleh mengamalkan pemakanan yang mengandungi asid hyaluronic seperti kekacang, sayuran hijau dan buah sitrus.

2. Pengambilan Vitamin C

Tubuh manusia sangat memerlukan vitamin C daripada makanan, hasil penelitian dari Indian Dermatology Online menyatakan bahawa vitamin ini berperanan untuk melindungi dan membentuk kolagen lebih banyak dalam tubuh seseorang.

Baca Lain: 5 Tip ‘Maintain’ Cantik Di Rumah Walaupun Sedang PKP

3. Gel Lidah Buaya

Anda sering menggunakan gel lidah buaya untuk merawat kulit terbakar dan meredakan ruam sahaja kan?

Namun terdapat satu penelitian yang diterbitkan dalam Clinical Cosmetic and Investigational Dermatology menunjukkan bahawa lidah buaya mampu meningkatkan pengeluaran kolagen ketika disapu pada kulit atau diambil dalam minuman.

4. Ginseng

ginseng

Seperti yang anda tahu ginseng telah digunakan dalam perubatan tradisional selama bertahun-tahun.

Berdasarkan Journal of Ginseng Research pada 2012, kajian menunjukkan bahawa ginseng dapat meningkatkan jumlah kolagen dalam aliran darah serta memiliki sifat anti-inflamasi.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!