5 Langkah Buang Makeup Dengan Betul Untuk Kulit Kekal Muda );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

5 Langkah Buang Makeup Dengan Betul Untuk Kulit Kekal Muda

Farhana Syahirah
Share

Kajian sains ada mengatakan yang wanita akan kelihatan lebih cekap ketika memakai makeup. Ini kerana kita sudah terbiasa yang teknik makeup memerlukan masa untuk hasilkan muka nampak sentiasa cantik.

Jadi, di sini akan kami kongsikan 5 langkah yang korang boleh follow untuk bantu korang hilangkan makeup tanpa rosakkan kulit. Percayalah, dengan langkah ini, kulit muka muka akan sentiasa nampak lebih muda dari usia korang.

Langkah 1: Sebelum cuci makeup

Pertama sekali, korang kena ada set pencuci muka yang diperlukan dan bersesuaian dengan jenis kulit. Sekiranya korang jenis kulit berminyak, korang harus pilih produk berasaskan air (berlawanan dengan minyak).

Jika kulit jenis kering, korang sesuai memakai produk pembersih muka berasaskan pelembap dan dicadangkan untuk beli pembersih mata yang berasingan.

Sebelum membuang makeup, pastikan korang ikat kesemua rambut bagi tak menganggu korang bersihkan muka. Selepas itu, lap muka dengan kain lap yang khas untuk muka saja dan lap secara ‘dap, dap’ agar kulit muka tidak terluka.

 

Langkah 2: Buang makeup dari mata

Kebanyakan wanita akan lebih suka gunakan remover makeup berasaskan minyak bagi membuang makeup jenis kalis air.

Bagi langkah ini, pastikan korang basahkan kapas atau pad pembersih dengan teliti dan tekan pada mata.

Tunggu sehingga 10 hingga 20 saat dan kemudian gerakkan kapas atau pada ke atas mata dengan lembut tanpa tonyoh terlalu keras kerana kelopak mata sangat halus kulitnya.

Jangan gerakkan pad ke belakang dan ke belakang. Gerakkannya satu arah dari sisi dalam ke sisi luar. Kemudian putar pad ke bahagian bersih dan luncurkannya ke bawah pada bulu mata.

 

Langkah 3: Buang makeup dari bibir

Seterusnya, korang perlu bersihkan makeup di bibir, jadi korang tak selerakkan gincu ke seluruh wajah.

Korang boleh menggunakan jeli petroleum untuk dapatkan hasil pembuangan yang lebih bagus.

Sapukan pada bibir, tunggu hingga 5 minit, dan lap dengan kapas. Jangan gosok terlalu keras kalau tak nak bibir jadi lebih merekah.

 

Langkah 4: Buang makeup dari wajah

Korang boleh mulakan dengan air kecil . Basahkan pelapik kapas dengan produk dan lap muka.

Jangan lupa di kawasan bawah rahang dan belakang telinga. Pastikan korang juga bersihkan di garis rambut kerana makeup juga ada di situ.

Bilas wajah korang dengan air dan keringkan dengan tuala.

Langkah 5: Selepas buang keseluruhan makeup

Sangat penting untuk menjaga kulit korang lepas tanggalkan makeup anda. Ini adalah peringkat terakhir prosedur.

Korang boleh mengurut wajah dengan lembut untuk memberikan keanjalan dan meningkatkan aliran darah.

Dan korang kena make sure untuk gunakan pelembap muka agar kulit korang tak jadi kering.

Hendak diingatkan kepada semua, uols jangan gatal mencoba pakai makeup timbang kilo kalau sayangkan kulit muka okay!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!