5 Sunscreen Terbaik Yang Anda Boleh Cuba Pakai! );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

5 Sunscreen Terbaik Yang Anda Boleh Cuba Pakai!

Share
sunscreen

Menurut pakar kulit, penyebab utama perubahan kulit yang terlalu obvious seperti kedutan disebabkan oleh sinar UV matahari. Inilah masanya untuk sentiasa memakai sunscreen setiap hari!

Kebanyakan girls yang jaga kulit mesti pernah tahu antara kelemahan sesetengah produk sunscreen yang tidak sesuai digunakan pada seseorang iaitu memberi kesan putih atau white cast selepas sapu pada kulit wajah, tekstur yang berminyak atau melekit-lekit?

Pening kan nak cari yang mana satu bagus hmm… jangan risau, pastikan produk sunscreen yang dibeli sesuai dengan jenis kulit terlebih dahulu.

Ini adalah antara pencarian sunscreen yang banyak digunakan serta tidak mengandungi bahan yang terlarang.

1. YADAH Oh My Sunscreen

sunscreen

Sunscreen ini adalah salah satu produk bertaraf terbaik di Hermo. Mana taknya, diperbuat dari bahan semula jadi hingga selesa dipakai, jadi sunscreen ini sangat bagus untuk dipakai setiap hari sama ada di bawah cahaya matahari atau di tempat indoor seperti pejabat. Anda juga boleh membelinya di Watsons.

2. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50

sunscreen

Merupakan salah satu produk Jepun yang cukup affordable untuk dibeli. Bila dengar sahaja nama Jepun pastinya ia menghasilkan produk yang bagus bukan kerana nama tapi kandungan dan keberkesanan produk itu sendiri.

3. Biore UV Perfect Milk Sunscreen

sunscreen

Ia agak sukar untuk mencari sunscreen yang tahan lama dan at the same time selesa bagi pengguna yang mempunyai kulit berminyak. Mujur ada Biore UV Perfect Milk Sunscreen yang diformulasikan untuk terus kelihatan matte

4. Sunplay Skin Aqua Tone Up Skin UV Spray SPF 50+ PA++++

sunscreen

Ha, bagi orang-orang yang mahukan kesan yang cepat, anda boleh cuba beli suncreen jenis spray dari Sunplay ini. Tekstur yang cukup ringan menjadikan sunscreen ini mudah diserap ke lapisan kulit. Sunscreen ini bersifat fizikal dan ia selamat digunakan ketika berenang di lautan dan ia juga tidak mengandungi bahan yang merosakkan kulit wajah.

5. SOS Multivitamins+ 

Baru-baru ini cuaca Malaysia yang panas menyebabkan kulit kita mudah rosak. Bagi seseorang yang mudah terdedah pada matahari, mereka pasti akan terkena sunburn jika tidak memakai sunscreen yang betul. 

Jenama skincare yang dirumuskan oleh ahli dermatologi sangatlah selamat untuk digunakan. Mengapa?

Kerana jenama seperti Science On Skin (SOS) telah menggabungkan elemen science dan juga kecantikan bagi merawat kulit daripada pantulan cahaya matahari.

sunscreen
sunscreen

Oleh itu, terhasil lah SOS Multivitamins+ yang merupakan kobinasi serum bersama beberapa vitamin. Serum dwi tindakan digabungkan dengan kepekatan kandungan Vitamin A, C, E dan Provitamin B5 yang tinggi. Selain itu ia diperkaya dengan produk yang diformulasikan untuk meningkatkan kulit yang sihat dan berseri.

Jika anda suka kan kesan sunkiss dan juga glowing, SOS Multivitamins+ adalah antara produk yang anda patut cuba! 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!