5 Tips Pakai Backless Dress );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Trend

5 Tips Pakai Backless Dress

Share

Backless dress memang sesuai untuk hightea atau party. Event yang formal atau semi-formal. Membuatkan si pemakai nampak cantik, ‘mahal’ dan seksi.

Backless dress ni memang digemari ramai tapi tak semua orang tahu tips yang sebenar untuk pakai dress macam ni.

Pemilihan Bra

Pilih bra yang betul. Bukan pakai bra biasa harian korang pakai tu. Antara bra yang boleh dipakai dengan backless dress adalah adhesive bra, stick on bra cups, low-back bra dan macam-macam jenis bra yang tidak menampakkan tali di bahagian belakang badan.

Potongan Dress

Pilihan potongan dan saiz dress dengan betul. Jangan terlalu ketat dan jangan terlalu longgar. Kalau ketat sangat, korang tak selesa tapi kalau longgar, dress korang tak kemas dan gelebeh!

Pilih Material

Kenal pasti event apa yang korang akan hadir. Lokasi, jam berapa dan tema. Pilih material dress yang halus dan rapi. Variasi warna mestilah bersesuaian dengan majlis. Untuk selamat, pilih saja gaya yang elegan. Kalau nak lepak, korang boleh pilih corak yang sederhana dan simple.

Jangan Lupa Outer

Bawa outer atau baju untuk disarung masa panas atau sejuk. Dengan cuaca yang panas, elok korang sediakan outer. Selain pakai sunblock satu badan, lindung kulit korang dengan pakai baju atau cardigan di luar dress. Begitu juga kalau cuaca sejuk. Pastikan outer yang korang bawa pun matching dengan dress k.

Aksesori

Backless dress memang nampak simple dan bersahaja. Kenakan dengan aksesori yang sesuai untuk menyerlahkan lagi penampilan korang. Kalau majlis formal, sangat mudah, pakai heels dan clutch je dah nampak cantik sangat!

 

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!