Bibir Korang Mudah Kering & Merekah? Guna 5 Bahan Semulajadi Ini );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Pilihan Bae & Beauty

Bibir Korang Mudah Kering & Merekah? Guna 5 Bahan Semulajadi Ini

Share
bibir

Bibir merekah dan pecah-pecah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kebiasaannya, keadaan ini disebabkan oleh suhu yang sejuk atau kering.

Ia juga boleh berlaku disebabkan terdedah kepada sinaran matahari berlebihan. Biasanya selain bibir pecah ia akan menyebabkan bahagian itu mengelupas.

Tapi jangan bimbang, terdapat pelbagai bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini.

1. Minyak kelapa

Menurut kajian In vitro anti-inflammatory and skin protective properties of Virgin coconut oil, minyak kelapa adalah emolien yang tidak hanya melembabkan kulit, tetapi juga melindungi bahagian ini dengan meningkatkan sistem perlindungan pada kulit.

Manfaat lain daripada minyak kelapa, terutamanya berkaitan dengan bibir pecah, adalah sifat anti-inflamasi dan anti bakterianya.

2. Lidah buaya

Lidah buaya memiliki pelbagai kegunaan. Sifat anti-inflamasi di dalamnya menjadikannya pilihan tepat untuk merawat bibir pecah.

Untuk mengatasi bibir pecah, potong daun lidah buaya dan hiris terbuka untuk mengambil gelnya. Sapu ke bibir dan enzim lidah buaya membantu melembabkan bibir serta menghalangnya daripada mengelupas.

Baca Lagi: 7 Trik Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir

3. Madu

madu

Dalam kajian Honey: A Therapeutic Agent for Disorders of the Skin menjelaskan madu memiliki sifat anti-mikroorganisma dan anti-inflamas.

Madu telah digunakan selama berabad-abad lamanya sebagai ubat merawat kulit dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Ia juga dapat membantu melembabkan bibir dan melindunginya daripada pecah dan terkena jangkitan.

4. Avokado

Menurut kajian Review on Natural Lip Balm, buah avokado dapat bertindak sebagai emolien dan memekatkan lip balm. Malah ia tidak berminyak dan dapat diserap dengan baik oleh kulit.

Bahan ini mengandungi beberapa asid lemak dan antioksidan yang diketahui mempunyai pelbagai manfaat bagi kulit termasuk asid oleat dan linoleat.

5. Jeli petroleum

vaseline

The American Academy of Dermatology (AAD) menyarankan penggunaan jeli petroleum sepanjang hari dan sebelum tidur untuk melembabkan bibir yang pecah.

Jeli petroleum ini dapat menjaga kelembapan bibir lebih lama daripada minyak.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!