4 Fesyen 'Tergendala' Jadi Ikutan Sebab COVID-19 Sekarang );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Trend

4 Fesyen ‘Tergendala’ Jadi Ikutan Sebab COVID-19

Share

Fesyen adalah salah satu trend yang tidak akan putus. Ada saja fesyen terkini yang membawakan agenda baru kepada pengikut setia feysen. Ada yang menampilkan idea fresh yang membawa perubahan pada dunia, ada juga fesyen yang diberikan nafas baru mengikut kesesuaian peredaran zaman.

Industri fesyen juga mengalami gangguan berpunca daripada COVID-19. Sejak virus ini melanda, ramai orang yang selesa dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk duduk di rumah. Jadi, beberapa fesyen yang sepatutnya menjadi trending tapi disebabkan COVID-19, semua orang duduk rumah. Jom tengok apa fesyen yang ‘tergendala’ tu!

Kasut Boot

Kasut boot cut ni sudah lama ada di pasaran tapi sekarang baru ramai yang berani untuk menggayakan kasut boot ini. Sejak COVID-19 muncul, netizen selesa memakai selipar, kasut ringkas atau sandle je bila keluar. Harap, lepas habis melawan virus, trend kasut boot ini tidak ‘mati’ begitu sahaja.

Sneakers

Berapa lama dah korang tak pakai sneakers? Berhabuk tak? Haa, siapa suka kumpul sneakers mesti rasa sedih tak dapat pakai kasut kegemaran jalan-jalan, kan? Tak apa, sneakers adalah kasut yang evergreen. Kalau 2021 tak dapat pakai, 2022 masih boleh bergaya. Lagi-lagi yang limited edition, barang rare!

Blazer

Set blazer sepatutnya menjadi fesyen terkini. Sejak 2019, memakai blazer bukanlah untuk pergi kerja atau meeting je. Dah ramai yang pakai blazer untuk menampilkan fesyen semi formal. Tapi disebabkan duduk rumah, ramai yang memilih untuk berpakaian santai dan selesa.

Beg Tangan Besar

Beg besar-besar ni memang menjadi kegilaan ramai wanita terutama yang ada anak kecil atau mungkin business women yang kena bawa banyak keperluan. Tapi disebabkan kita masih lagi melawan virus, terpaksa duduk rumah dan keluar jika ada keperluan sahaja. Ramai yang lebih selesa membawa dompet atau beg kecil untuk beli barang.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!