Guna 4 Cara Urutan Wajah Ini Untuk Hilangkan Parut Jerawat );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Pilihan Bae & Beauty

Guna 4 Cara Urutan Wajah Ini Untuk Hilangkan Parut Jerawat

Share

Mesti korang tak selesa kan kalau ada parut jerawat di muka. Nak pandang cermin pun kena fikir dua tiga kali, apatah lagi kalau orang lain yang melihatnya.

Menghilangkan parut wajah sehingga tidak kelihatan lagi sebenarnya dapat dibuat dengan menggunakan urutan wajah dan produk semula jadi.

Nak tahu cara-caranya, jom kita scroll ke bawah.

1. Urut muka dengan jari korang

Untuk menghilangkan parut jerawat di muka korang, sebenarnya ada teknik-teknik urutan yang boleh membantu.

Urutan di wajah dapat mengeluarkan lagi kolagen dan bantu untuk kurangkan kegatalan dan beri kelembapan dan pudarkan parut jerawat.

Tetapi, bagi parut yang sudah berusia dua tahun ke atas, teknik urutan wajah tidak berkesan pada muka korang. Teknik urutannya ialah:

  1. Guna losyen muka dan letakkan kuantiti bersesuaian untuk wajah.
  2. Kemudian, urut muka dengan dua jari korang dan beri tekanan ringan di parut jerawat dengan membuat putaran kecil di sekitarnya.
  3. Akhir sekali, urut parut jerawat ke atas dan ke bawah dengan tekanan yang cukup.
  4. Lakukan rutin ini setiap hari sebelum tidur untuk dapatkan keputusan yang awesome.

Untuk peringatan, jika teknik urutan ini membuat korang mengalami pendarahan, kemerahan dan rasa pedih, dinasihatkan untuk berhenti dahulu dan sapu dengan aloe vera atau lidah buaya.

2. Sapu vitamin E pada parut

Umum mengetahui yang vitamin E sangat membantu untuk pudar dan hilangkan parut jerawat dengan boostkan lagi penyembuhan.

Jika korang mempunyai losyen yang mengandungi vitamin E dan sesuai disapu pada wajah, memang sangat digalakkan untuk hilangkan parut jerawat.

Urutan wajah dengan menggunakan serum yang mengandungi vitamin E juga sangat membantu.

Di bawah ada tutorial dari pakar untuk tahu bagaimana cara hilangkan parut jerawat dengan sapuan vitamin E


3. Guna lemon, gula serta madu

Bagi pengetahuan umum, lemon sangat membantu memudarkan jerawat kerana ia mempunyai unsur astringen dan asid yang mampu hilangkan sel-sel kulit mati.

Korang boleh buat topeng muka dengan rendamkan ke dalam jus lemon dan letak ke muka selama 15 minit.

Selain topeng muka, korang juga boleh membuat scrub dengan tiga bahan semula jadi ini.

  1. Campurkan 2 sudu madu, 1 sudu jus lemon, 1 sudu minyak zaitun dan 1/5 sudu gula.
  2. Selepas dicampurkan, bersihkan jari korang dan sapukan perlahan-lahan di parut wajah dan urut dengan teknik yang sama selama 5 minit.
  3. Selepas itu, bilas dengan air suam. Guna cara ini seminggu sekali untuk dapatkan hasil yang maksima.
  4. Tetapi, sekiranya kulit korang jenis sensitif dengan scrub, tidak digalakkan untuk guna cara ini dan boleh dapatkan produk bersesuaian dengan muka. Boleh dapatkan di drugstore yang berdekatan.

4. Sapu minyak zaitun dan tuala suam pada parut

Secara semula jadinya, minyak zaitun sangat membantu melembutkan parut dan bantu untuk boostkan kesembuhan.

Korang boleh cuba gunakan minyak zaitun yang organik tanpa ada campuran bahan kimia yang lain.

  1. Tuang 1 sudu minyak zaitun dalam mangkuk. Celupkan jari ke dalam minya dan urut secara lembut dan perlahan.
  2. Selepas itu, letakkan tuala yang telah disuamkan ke muka korang untuk luaskan lagi liang pori dan biarkan minyak zaitun lembutkan parut dalm 10 minit.
  3. Selepas itu, bilas muka seperti biasa. 

Tetapi harus di ingat juga, penjagaan kulit muka sangat penting dan jika dilakukan dengan betul, dapat mencantikkan lagi kulit muka korang. Jika nak tahu punca kulit rosak tanpa korang sedar, boleh klik disini.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!