Jenama Becca Cosmetics Tutup September 2021! );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Trend

Jenama Becca Cosmetics Tutup September 2021!

Ain Huda
Share

Becca Cosmetics membuat keputusan untuk menamatkan jenamanya pada September 2021.

Sejak berlakunya virus COVID-19, ekonomi dan industri perniagaan termasuk keluaran barangan kosmetik dan kecantikan juga terjejas.

Kenyataan Becca Cosmetics di Instagram rasmi beberapa hari lepas mengatakan penutupan jenama terkenal ini berkaitan dengan virus yang melanda dunia.

Becca Cosmetics mula pada tahun 2001 dan mula terkenal di Instagram dengan keluaran highlighter yang dicuba oleh blogger terkenal.

Walau bagaimanapun, pada 2016 jenama Estée Lauder mengambil alih Becca Cosmetics. Malangnya ia tidak bertahan lama kerana wabak COVID-19 menyebabkan kesukaran perniagaan yang menjejaskan prestasi.

Sementara Becca Cosmetics masih ada, jom shopping makeup di Instagram atau laman web Becca Cosmetics.

Siapa guna highlighter Becca Cosmetics? Share sikit pengalaman korang.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!