Bulu Mata Sepanjang 20.5cm, Rekod Dunia Guinness Baharu );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Bulu Mata Sepanjang 20.5cm, Wanita Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Baharu!

Share
rekod

Setiap wanita mengimpikan bulu mata yang panjang juga lebat agar kelihatan cantik. Kebiasaannya, kaum hawa perlu bergantung pada solekan seperti maskara dan falsies untuk menyembunyikan bulu mata yang pendek dan halus.

Kepanjangan bulu mata yang normal adalah sebanyak 0.8cm – 1.2cm, tetapi wanita Beijing ini telah menerima The Longest Eyelash dalam Rekod Dunia Guinness20.5cm

Dengan lebih daripada 500 penyertaan dari seluruh dunia, menjadikan kategori Rekod Dunia Guinness 2018 untuk “bulu mata terpanjang di dunia” adalah salah satu pengiktirafan yang paling popular, namun tidak ada yang menghampiri rekod You Jianxia, ​​bekas pengarah dana pelaburan dari Shanghai, China.

Rekod pertama pada 2016

Wanita yang berusia 53 merupakan pemegang rekod bulu mata terpanjang pertama pada 2016 yang ketika itu hanya 12.5cm tetapi tahun ini dia telah memecah rekodnya sendiri!

rekod

Menurut laporan Oddity Central , Jianxia tidak dilahirkan dengan bulu mata yang luar biasa. Dia yakin bulu kelopak matanya semakin panjang setelah berhenti dari bekerja sebagai ketua dana pelaburan pada tahun 2013.

“Pertama kali saya menyedari bahawa bulu mata saya mula tumbuh dengan perlahan sewaktu tahun 2015 dan ia menjadi lebih panjang setelah saya memilih untuk mengabdikan diri dengan alam jadi dengan berkebun,” jelasnya dalam satu temu bual.

rekod

Pakar perubatan juga pernah menyelidik kepanjangan luar biasa bulu mata Jianxia tetapi tiada bukti saintifik yang dapat menjelaskan segala persoalan. 

Bahkan ia juga tidak dapat dikaitkan dengan genetik kerana tiada daripada keluarganya yang mempunyai bulu mata panjang seperti Jianxia.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!