Safi Youth Radiance Menggunakan Saffron Untuk Kekal Cantik - Verst Kecantikan

Type to search

Kecantikan Bae & Beauty

Safi Youth Radiance Menggunakan Saffron Untuk Kekal Cantik

Share

Sentiasa nampak muda dan sihat adalah idaman setiap wanita. Walaupun umur sudah mencecah 30, kulit anda tetap berseri. Setiap hari terdedah dengan cahaya UV matahari, cuaca yang tidak menentu, asap di sekeliling, kotoran udara dan cara pemakanan tidak teratur membuatkan kulit cepat kusam, tidak bermaya dan kering. Sudah banyak pelaburan yang dibuat dengan mencuba pelbagai jenis jenama kecantikan. Tetapi anda masih belum temui produk paling sesuai untuk kulit muka. Tahukah herba Saffron adalah rempah yang paling baik untuk kulit dan tubuh?

Safi Youth Radiance menggunakan rempah Saffron sebagai ramuan di dalam produk kecantikan 2 dalam 1 anti-penuaan dan mencerahkan kulit. Safron atau nama sainstifiknya Crorus Sativus L. adalah herba termahal di dunia dan mempunyai pelbagai khasiat.

Safi adalah jenama penjagaan kulit Halal di Malaysia membawa kehebatan Saffron menggunakan Teknologi Saffron Gold pertama diperkenalkan di Malaysia yang dibangunkan oleh para penyelidik Safi Reseacrh Insitutite bertempat di Malaysia.

Kebaikan Saffron Untuk Kulit

Sebelum anda mencuba Safi Youth Radiance, ketahui kebaikan Saffron yang bertindak terhadap kulit. Penggunaan rempah Saffron dan teknologi yang digunakan menghasilkan produk rangkaian terbaik. Safron membantu mengurangkan jerawat, parut dan bekas luka yang terdapat pada kulit. Selain itu, ia menghalang daripada pigmentasi atau jeragat yang sering berlaku kepada wanita yang terdedah kepada cahaya matahari. Herba ini mampu melembapkan kulit, mencerahkan dan memudarkan lingkaran gelap bawah mata. Mengurangkan bintik hitam, iritasi kulit dan berfungsi sebagai toner semula jadi.

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence

Penggunaan Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence selepas mencuci muka dan menggunakan toner. Formula essence ini berasakan air dengan kepingan Emas Nano 24K yang mudah menyerap ke dalam kulit dan tidak meleket. Ia bertindak sebagai pelembap kulit dan agen antioksida yang menguatkan kulit serta menjadi perintang daripada ancaman sinaran ultra UV dan pemcemaran.
Teknologi Saffron Gold mengukuhkan struktur kulit dari peringkat awal dan perlahankan proses penuaan seperti garis halus dan kedutan. Campuran Asid Hialuronik yang tinggi, memberi kelembapan kekal kepada kulit sehingga 24 jam dan kembalikan keanjalan menjadi lebih lembut, cerah sekata dan segar.

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser

Serum adalah produk penjagaan kulit yang penting kepada kulit muka untuk mengelakkan daripada kesan penuaan. Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser gel krim bertindak sebagai pelembap dan penghidratan segera sehingga 72 jam. Serum ini bertukar menjadi titisan jernih seperti kristal meresap pada lapisan kulit dan menganjalkan kulit.
Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser tidak berminyak dan tekstur yang sangat ringan. Berdasarkan ujian klinikal dan penggunaan rangkaian Safi Youth Radiance secara berterusan, terbukti 67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik dan 75% peningkatan kadar pencerahan kulit.

Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, gunakan Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essenceafi Youth Radiance (100ml / RM55.90) dan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser (40g/ RM55.90) bersama rangkaian produk Safi Rania Gold. Safi Youth Radiance dan rangakaian produk Safi boleh didapati di WATSONS dan AEON WELLNESS seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut dan promosi dari SAFI layaran laman web https://safi.com.my/ , Facebook rasmi https://www.facebook.com/SAFI.MY/ , dan Instagram https://www.instagram.com/safimalaysia

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!