Save Ralph 2021 - Arnab Dijadikan Bahan Uji Kaji Kosmetik! );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Trend

Save Ralph – Arnab Dijadikan Bahan Uji Kaji Kosmetik!

Share
save ralph

Filem pendek animasi ‘Save Ralph’ menarik perhatian penonton di seluruh dunia dengan mesej yang disampaikan – pengujian produk kosmetik pada haiwan adalah kejam.

Sudah lebih dari 100 tahun sejak pengujian terhadap haiwan menjadi popular dan walaupun banyak organisasi telah membuat kempen kesedaran untuk menghentikan amalan ini di seluruh dunia, namun tidak ada kempen yang mendapat sambutan global seperti yang dipimpin oleh Humane Society International, (HSI).

Sinopsis ‘Save Ralph’

Projek yang dihasilkan dalam format mockumentary, mengisahkan kehidupan kerja Ralph sebagai arnab makmal selama sehari. Menerusi filem pendek tersebut menjelaskan dia tergolong dalam keluarga yang menjalankan pengujian terhadap produk kosmetik. Tugasnya telah menyebabkan mata kanannya buta, punggungnya terbakar akibat kimia dan gangguan pendengaran yang berterusan.

Namun, penderitaan itu dianggap ‘small matter’ oleh Ralph,

“Ini bukan masalah besar, hanya sakit ketika saya bernafas atau bergerak sahaja”

Dia berusaha untuk menjadi kuat dan menerima nasibnya demi keselamatan manusia.

save ralph

Arnab kecil menganggap manusia lebih unggul. Bagaimanapun, seperti yang dikatakan oleh Ralph sendiri jika bukan untuk manusia, dia akan jobless.

“Saya mungkin berada di jalanan, bukan di jalan, lebih seperti ladang yang saya rasa, anda tahu, seperti arnab biasa.”

 

 

Ia dibintangi oleh Taika Waititi sebagai Ralph serta penampilan alih suara dari Ricky Gervais, Zac Efron, Olivia Munn, Pom Klementieff, Tricia Helfer, dan Rodrigo Santoro,  untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap penyebabnya dan meningkatkan kesedaran mengenai isu ini.

save ralph

Sokong produk cruelty-free!

Pengujian terhadap haiwan ini merupakan teknik peracunan kimia yang digunakan pada setengah abad yang lalu, seperti ujian lethal dose pada tikus (1920-an), ujian kerengsaan mata dan kulit arnab (1940-an) dan ujian alergi pada kulit babi guinea (1950 an).

Kebanyakan kosmetik yang masih mengamalkan animal testing ini rata-rata di kalangan produk antarabangsa yang agak besar namanya. Bagi anda yang ingin menyokong kempen ini, pastikan pembelian produk kosmetik anda mempunyai label cruelty-free yang rasmi.

save ralph

Kaedah moden yang tidak menggunakan haiwan sebagai alat uji kaji tersedia untuk sebarang masalah keselamatan kosmetik dan terbukti dapat meramalkan tindak balas manusia dengan lebih baik berbanding ujian pada haiwan.

Jenama Lush, Dove dan Herbal Essences antara jenama produk kosmetik bebas kekejaman dan selamat untuk digunakan.

Sekarang, anda boleh lah sokong local products pula! Asalkan bebas kekejaman dan semestinya say no to timbang kilo!

Sehingga kini, filem animasi yang berdurasi lebih kurang 4 minit tersebut telah mendapat sebanyak 5 juta viewers di Youtube!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!