Stresnya Rambut Bercabang! Ini Sebab Kenapa Rambut Bercabang - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Stresnya Rambut Bercabang! Ini Sebab Kenapa Rambut Bercabang

Hidayah Abdullah
Share

Argh! Stresnya bila hujung rambut bercabang, meskipun tidak kelihatan terlampau jelas seperti rambut gugur namun split end menandakan bahawa rambut anda telah rosak.

Mana tidaknya, bahagian hujung rambutlah yang paling terdedah dan paling tua, anda pula menggayakan pelbagai warna, style, mengenakan topi, hijab mahupun hoodie.

Tak salah pun nak menggayakan rambut, cuma kena tahu hadnya supaya rambut anda yang cantik spoil dengan split end. Pasti tak best bila ada orang yang perasan kerosakan rambut dan menegur anda secara berdepan, ergh! Malunya!

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };
(Jenis split end)

Kenapa Boleh Terjadinya Split End?

Masalah rambut tersebut boleh terjadi apabila rambut terdedah kepada faktor yang merosakan rambut. Cuba semak adakah anda selalu melakukan perkara di bawah ini. Sekiranya lebih dari 3 faktor, anda sudah boleh consider untuk ubah cara penjagaan rambut.

Kerosakan Fizikal

Faktor berlakunya rabut rosak adalah cara anda menguruskan rambut. Lemah lembutlah sikit semasa menguruskan rambut anda, jangan lah sikat secara kasar. Sekiranya rambut kusut leraikan dengan sebaiknya bukan sikat sampai nak tercabut rambut dari kepala.

Haba

Terdedah kepada haba yang berlebihan juga meyebabkan split end, terutamanya haba yang dihasilkan oleh alatan seperti hair dryer, hair straightener, hair curl mahupun waving iron. Sekali-sekala biarkan rambut anda kering secara semula jadi.

Geseran

Sesetengah fabrik sebenarnya tidak sesuai untuk rambut, geseran antara rambut dan material yang digunakan untuk membuat topi, hijab, tuala mahupun sarung bantal boleh menyebabkan split end. Seeloknya elak keringkan rambut menggunakan tuala, tukarkan fabrik tuala anda kepada mikrofiber atau biarkan rambut anda kering dengan sendirinya.

Persekitaran

Tidak kira panas, hujan, kering, lembab perubahan persekitaran terutamanya cuaca juga boleh menyebabkan kerosakan pada rambut. Bukan kepada mereka yang free hair sahaja ye, hijabis perlu lebih extra careful. Bukan sahaja kepada persekitaran, malah geseran tudung juga membuatkan rambut rosak dengan lebih cepat!

Pemakanan

Worst come to worst, pastinya pemakanan seharian penyumbang utama gaya hidup anda. Banyakan minum air, bukan sahaja untuk kulit malah rambut juga mudah terhidrasi dan mampu membuatkan kerosakan rambut. Jangan lupa amalkan gaya pemakanan sihat.

Sekiranya anda mengalami kerosakan rambut seperti ini, trim sahaja rambut yang bercabang itu. Tidak perlu buang banyak pun setengah inci sudah memadai, sekiranya nak trim sendiri pastikan gunting yang digunakan tajam dan memang kegunaan untuk menggunting rambut ye. Jika tidak confident, sila pergi ke salon berdekatan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!