5 Vitamin & Supplement Untuk Glowingkan Kulit Korang Yang Kusam );

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan Pilihan Bae & Beauty

5 Vitamin & Supplement Untuk Glowingkan Kulit Korang Yang Kusam

Share
vitamin

Tak dinafikan yang penjagaan kulit adalah penting dalam rutin skincare harian. Kulit yang kurang dengan vitamin menyebabkan wajah akan menajdi kusam dan nampak tak bermaya.

After all, wajah adalah first impression ketika mereka melihat korang. Even dah cuba gunakan cleanser, toner, pelembap muka dan segala jenis serum, kulit tetap jadi kusam.

Semua penjagaan itu dah betul dah, tapi, korang tertinggal satu perkara. Korang lupa untuk buat penjagaan dari dalam badan.

Tersangatlah penting untuk mengambil vitamin dan makanan tambahan dalam pemakanan korang untuk nampak glowing dan berseri.

Paling penting, dapat melambatkan penuaan, kedutan dan kurang jerawat. Jom kita lihat 5 vitamin serta supplement terbaik yang untuk glowingkan kulit korang.

1. Vitamin C

Sekiranya korang jenis tak makan buah oren, inilah masanya untuk korang start. Vitamin C adalah salah satu vitamin yang paling penting untuk kulit yang bersinar.

Ia membantu merangsang pengeluaran kolagen, yang merupakan tisu penghubung yang menjadikan kulit korang kelihatan tegap. Masukkan vitamin C ke dalam diet korang dan ucapkan selamat tinggal kepada kedutan yang annoying itu.

Contoh makanan berasaskan vitamin C: Jambu batu, pucuk ubi kayu, cekur manis, lada benggala, sayur kailan, pucuk gajus, sayur sawi, buah longan, oren, dan betik.

2. Vitamin D

Vitamin D terkenal sebagai pemain utama dalam membantu mencegah jerawat dan noda yang tidak diingini.

Ini adalah vitamin penting untuk diperhatikan, terutama pada musim sejuk. Oleh kerana vitamin D terutama diberikan melalui pendedahan kepada sinar matahari, kalau korang tinggal di iklim yang lebih sejuk dan pendedahan cahaya matahari terhad pada bulan-bulan yang sejuk ini, pengambilan suplemen vitamin D mungkin merupakan sesuatu yang patut dipertimbangkan.

Contoh makanan berasaskan vitamin D: Susu, telur, ikan kembung, ikan salmon, ikan tuna, dan cendawan shitake.

3. Vitamin E

Vitamin E sangat penting jika korang terdedah dengan sinaran matahari. Ia membantu menyerap sebarang sinaran UV yang berbahaya dan mengurangkan kedutan dan keradangan kulit.

Walaupun penggunaan sunscreen yang tepat selalu menjadi perlindungan sinar matahari, masukkan vitamin E dalam pemakanan juga adalah sumber sokongan sekunder yang sangat baik.

Contoh makanan yang mempunyai vitamin E adalah: brokoli, kacang almond, hazelnut, kuaci, dan minyak berasaskan kacang.

4. Vitamin A

Sekiranya korang makan sayur-sayuran, korang sepatutnya mendapat banyak vitamin A dalam pemakanan harian korang. Jika diet korang kurang makan sayuran, muka korang akan mula membentuk kulit kering dan bersisik.

Pastikan korang mendapat jumlah vitamin A yang sesuai untuk membaiki tisu kulit. Penggantian sel yang lebih banyak membuatkan kulit akan lebih glowing dan kurang kedutan.

Contoh makanan yang mempunyai vitamin A yang tinggi: Hati ayam, hati lembu, kacang buncis, kubis cina, lobak merah, telur itik, cili merah, ikan bilis, dan buah mangga.

5. Klorofil

Salah satu trend baru yang kita lihat di dunia skincare adalah supplement tambahan klorofil.

Dengan sifat anti-bakteria dan anti-radang, klorofil membantu membersihkan segala cela dan kedutan, sekaligus menghilangkan kulit untuk awet muda.

Dan the best part mengenai klorofil? Ia penuh dengan vitamin A, C, E, dan K, yang bermaksud semua vitamin di atas tersedia untuk korang dalam satu supplement tambahan yang sangat kuat ini.

Menambah vitamin dalam pemakanan korang seharian boleh menjadi main changing untuk tingkatkan lagi penampilan keseluruhan kulit korang.

Of course, jangan lupa untuk dapatkan nasihat pakar sebelum membuat perubahan diet secara keseluruhan. Dan, selamat mencuba!

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!