Kek Tanpa Gula Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Kek Tanpa Gula Untuk Bayi 1 Tahun Ke Atas

Share

Elak memberi bayi makan makanan manis secara berlebihan. Ia akan memberi kesan jangka masa panjang. Bukan tak boleh langsung cuma perlu kawal supaya tidak mendatangkan masalah nanti.

Tapi bila kita makan kek, kesian pula tengok anak. Mesti mereka terliur je. Perhatian kepada ibu-ibu, sebenarnya ada cara lain untuk memberi nikmat kek kepada bayi anda! Tapi pastikan bahan kek yang dibuat tanpa gula, garam dan pewarna makanan. Ikuti resepi yang dikongsi melalui Facebook Group Happy Baby Food Malaysia.

Bahan Untuk Membuat Kek

1 cawan tepung kek
2 hingga 3 sudu besar susu full cream
3 biji telur
1/2 unsalted butter
1/4 cawan madu

Bahan Untuk Frosting

1 hingga 2 susu full cream
3 sudu besar madu yang dididih
150g cream cheese
250g unsalted butter
Gunakan esktrak buah sebagai ganti pewarna makanan

Cara membuat kek. Gunakan mixer untuk kembangkan butter. Kemudian masukan madu dan putarkan. Masukkan telur satu per satu dan susu full cream. Selepas itu, masuk tepung kek. Putar sehingga semua bahan sebati. Masukan bancuhan di dalam bekas dan bakar menggunakan oven 180 darjah celsius, selama 20 hingga 25 minit menggunakan api atas bawah.

Sementara menunggu kek masak, anda boleh buat frosting. Pukul cream cheese dan butter sehingga kembang. Masukkan madu dan susu full cream. Putar sehingga sebati. Untuk ekstrak buah, bergantung kepada hiasan yang anda mahukan. Jika anda memerlukan pelbagai tona warna, bahagikan kepda beberapa bahagian. Apabila sudah siap, masukkan dalam piping beg dan hias!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!