Kenali Diet Atkins Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Kenali Diet Atkins

Share

Diet merupakan rutin pengambilan makanan seseorang. Makanan yang diambil penting untuk menjaga kesihatan dari segi luaran dan dalaman.

Pasti ramai yang pernah dengar mengenai diet Atkins. Apa itu diet Atkins? Diet Atkins yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins adalah untuk membantu seseorang mengurangkan berat badan dengan cara pembakaran karbohidrat dan lemak.

Diet Atkins sesuai untuk orang yang berisiko dapat penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Diet ini mengurangkan masalah gastrousus, alahan, sakit kronik dan lemak dalam sistem badan.

Proses diet ini menyekat pengambilan karbohidrat kerana karbohidrat adalah sumber tenaga, secara tidak langsung badan anda akan membakar lemak untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan.

Apabila anda tidak mengambil sumber karbohidrat, banyak lemak di dalam badan dibakar untuk tenaga anda.

Diet Atkins mempunyai 4 fasa. Fahami 4 fasa yang akan di bincangkan.

Fasa Pertama

Perkenalan atau ‘Induction’. Untuk perkenalan badan anda perlu menyesuaikan dahulu dengan pengambilan makan yang berubah daripada kuantiti makanan yang banyak kepada kuantiti yang sedikit.

Selama 2 minggu hingga 6 bulan anda perlu mengambil makanan di bawah 20 gram. Makan makanan yang tinggi sumber lemak, protein sayuran yang rendah karbohidrat.


Peringkat permulaan ini, anda akan mengalami proses ketosis iaitu proses pembakaran lemak dalam badan untuk mendapatkan tenaga. Kesan daripada ketosis adalah pening, loya-loya dan mulut berbau.


Jangan risau, proses ini hanya sementara kerana tubuh anda cuba untuk menyesuaikan diri dengan pengambilan makanan yang berlainan dari sebelumnya.

Fasa Kedua
Fasa penerunan berat badan secara terus atau ‘Ongoing Weight Loss’. Semasa proses fasa kedua ini, berat badan anda akan menurun tetapi tidak secepat fasa pertama kerana anda akan mula mengambil sumber karbohidrat dalam menu seharian.

Tambah kekacang, buah-buahan yang rendah karbohidrat, yogurt dan keju. Tetapi anda masih tidak boleh mengambil gula!

Fasa Ketiga
Pra-Penyelenggaraan atau ‘Pre-Maintenance’. Biasanya di fasa ini anda sudah hampir dengan angka yang anda inginkan. Anda boleh mengambil kaborhidrat secara beransur-ansur.

Tambahkan buah-buahan, sayur-sayuran yang mempunyai sumber karbohidrat yang tinggi. Anda juga boleh makan nasi dengan kauntiti yang dikawal.

Fasa Keempat
Fasa terakhir untuk diet Atkins iaitu penyelenggaraan seumur hidup atau ‘Lifetime Maintenance’. Dalam fasa terakhir ini anda sudah dapat berat badan yang anda idamkan.

Namun, anda perlu mengekalkan berat badan anda secara berterusan.


Anda perlu tahu cara menentukan jumlah karbohidrat yang perlu diambil. Pastikan anda mengambil makanan yang sihat dan ikut keperluan seperti piramid makanan.

Tips semasa menjalani diet Atkins.

Minum Air Masak
Untuk mengelakkan daripada badan anda dehidrasi, minum air masak dengan kuantiti yang banyak. Jangan malas untuk ke tandas, demi mendapatkan badan yang sihat anda perlu mengeluarkan air dalam badan.

Bersenam
Cari waktu untuk bersenam sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tidak perlu senaman yang ‘extreme’ cukup hanya berjalan atau berjogging untuk membantu mengurangkan berat badan dengan cepat.

Elak Makan Buah
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa buah yang berwarna mengandungi kandungan gula yang tinggi. Anda boleh mengambil buah-buahan tetapi dalam kuantiti yang sedikit.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!