Kenali Sindrom MRKH, Wanita Tiada Rahim Dan Saluran Faraj Tidak Normal - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Kenali Sindrom MRKH, Wanita Tiada Rahim Dan Saluran Faraj Tidak Normal

Ain Huda
Share

Ketakutan seorang wanita normal adalah masalah kemandulan. Tidak dapat memberi zuriat kepada suami, tidak mempunyai pengalaman mengandung dan tidak dapat menikmati membesarkan anak sendiri.

Selain daripada masalah kemandulan, ada satu lagi masalah besar yang kurang dapat perhatian ramai iaitu Sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH). Individu yang mengalami sindrom ini dilahirkan tanpa rahim dan tidak ada saluran faraj menyebabkan mereka tidak seperti wanita lain.

Nur Syazwani Abdul Rahim atau Wani Ardy, pengasas MRKH Malaysia, adalah seorang wanita yang mengalami sindrom ini dan berbesar hati untuk melindungi para wanita yang senasib dengan beliau.

 

 

Wanita yang mempunyai sindrom MRKH sering dipergunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab dan menjadi pilihan untuk melakukan aktiviti seks tanpa perlindungan. Selain itu, mereka juga mempunyai masalah keyakinan diri dan sering merasakan kekurangan diri tidak mempunyai masa depan bersama keluarga.

 

 

Maksud sindrom MRKH?

Sindrom MRKH adalah wanita yang mengalami masalah pada sistem reproduksi. Dilahirkan tanpa vagina, serviks dan rahim yang tidak normal atau tiada rahim.

Golongan sindrom MRKH ini adalah satu dari 5000 wanita. Disebabkan itu, sindrom MRKH dianggap penyakit yang luar biasa dan jarang ditemui.

Untuk pengetahuan anda, secara luaran pesakit sindrom ini mempunyai tubuh badan sihat dan bahagian vagina kelihatan normal.  Kebiasaan peringkat remaja, kedatangan haid dan perubahan fizikal dapat dilihat. Untuk pesakit sindrom MRKH, mereka tidak mengalami haid kerana tiada rahim dan tiada perubahan fizikal.

Walaupun punca sindrom ini masih lagi tidak jelas tetapi kejadian sindrom ini bermula sejak dalam kandungan. Saluran mullerianus tidak terbentuk dengan sempurna menyebabkan sindrom ini berlaku kepada bayi.

 

 

Tanda-Tanda

Pada zaman kanak-kanak sindrom ini tidak ketara malah, pesakit juga tidak menyedari mereka mempunyai masalah ini. Ia akan semakin jelas apabila pesakit sudah mencapai usia remaja dalam lingkuangan 15 hingga 17 tahun.

Pada usia tersebut, remaja akan mengalami banyak perubahan pada tubuh badan termasuk kedatangan haid. Ada pesakit yang mengalami perubahan fizikal normal tetapi hanya tiada haid. Ada juga yang tidak mengalami kedua-duanya.

Untuk rawatan awal, ibu bapa yang mempunyai anak perempuan dan tidak mengalami kedatangan haid pada usia normal, perlu membawa anak berjumpa doktor atau pakar sakit puan untuk rawatan lanjut.

 

 

Rawatan

Di Malaysia hanya satu hospital yang mempunyai pakar dan membuat kajian mengenai sindrom MRKH ini. Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM. Pesakit boleh menjalani rawatan awal di hospital. Doktor akan menerangkan mengenai sindrom MRKH dan cara rawatan dengan lebih jelas.

Selain itu, sokongan emosi dan mental perlu kuat untuk menghadapi pelbagai tanggapan kepada individu yang mempunyai masalah MRKH.

Untuk seorang wanita yang mengimpikan cahaya mata sendiri akan memgalami tekanan besar kerana sindrom MRKH memang tidak boleh mengandung dan tidak dapat menjalinkan hubungan intim bersama suami.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!