Kenali Wangian Kegemaran Melalui Sifat Peribadi - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Kenali Wangian Kegemaran Melalui Sifat Peribadi

Share

Adakah anda tahu bau minyak wangi yang anda pilih adalah melambangkan keperibadian?

Secara umumnya menyembur minyak wangi setiap hari untuk meningkatkan keyakinan diri, mengurangkan tekanan dan membuatkan orang sekeliling selesa.

Deria bau lebih sensitif berbanding deria penglihatan, orang sekeliling akan menikmati bau haruman minyak wangi anda dari jarak tertentu.

Jadi pilih haruman kegemaran anda untuk menyerlahkan personiliti.

Sebelum itu, ketahui jenis-jenis minyak wangi yang berada di pasaran.

Eau De Toilette (EDT)

Lebih dikenali sebagai cologne, haruman paling ringan kerana mempunyai kepekatan minyak wangi antara 3 ke 5 peratus sahaja.

Ketahanan bau jenis EDT ini hanya 2 jam.

Eau De Parfum (EDP)

Ketahanan EDP lebih lama berbanding EDT kerana kepekatan minyak wangi adalah 8 hingga 15 peratus.

EDP boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 hingga 4 jam.

Parfum

Parfum mempunyai kepekatan minyak wangi paling banyak iaitu 15 hingga 30 peratus.

Jadi bauan jenis parfum ini boleh bertahan sehingga 6 jam.

Oleh itu, parfum boleh di pakai dengan kuantiti yang sedikit dan bau yang tahan lama.

Mari semak jenis bau minyak wangi kegemaran dan keperibadian anda.

Feminin

Perwatakkan yang lembah-lembut, sentiasa dalam keadaan cantik dan mempunyai ciri-ciri wanita melayu terakhir. Anda sesuai dengan bau bunga-bungaan. Sifat rendah diri itu sesuai dengan bau bermotifkan bunga untuk menambat hati orang sekeliling.

Elegen

Karekter yang sentiasa nampak rapi, anggun dan ‘mahal’ sesuai dengan wangian jenis akuatik. Wangian jenis ini melambangkan anda seorang yang sentiasa bersemangat, inteklek dan mempunyai impian yang besar dalam kehidupan.

Klasik Dan Yakin

Sitrus adalah wangian paling tepat untuk personiliti ini. Anda seorang yang berkeyakinan tinggi, segar dan membawa penampilan yang ‘old school’, sesuai dengan keunikan dan penampilan anda.

Sofistikated

Sofistikated yang bermaksud canggih dan matang sangat sesuai dengan wangian campuran segar dan moden. Contohnya, campuran floral menyifatkan anda seorang yang kompleks, unik dan ‘cheecky’. Bauan campuran ini boleh menghilangkan stress.

Seksi

Seksi bukan bermaksud dari segi pemakaian. Seksi juga boleh didefinisikan dengan cara pemikiran seseorang dan bahasa tubuh yang anda gunakan. Wangian oriental akan menyerlahkan lagi sifat seksi si pemakai.

Ceria Dan Aktif

Jika anda seorang yang ceria, aktif, suka bersosial dan mudah di dekati anda dikira sebagai ekstrovert. Biasanya personiliti begini lebih menonjol dan diberi perhatian. Wangian yang sesuai adalah vanilla, anggur dan cendana. Erti kata lain, minyak wangi jenis ‘fruity’ dan segar lebih sesuai untuk anda yang sentiasa tersenyum dan ketawa dalam kehidupan seharian.

Pendiam Dan Pemalu

Berlawanan dengan ekstrovert, kepada anda yang pendiam, malu dan manja dikenali sebagai introvert. Anda bukan seorang yang sombong tetapi anda lebih selesa menyendiri, kurang bersosial dan gemar melakukan kerja individu. Sifat pemalu dalam diri anda sesuai dengan haruman yang lebih lembut, manis dan tenang kerana anda tidak gemar menjadi ‘highlight’. Contoh minyak wangi yang sesuai adalah ‘earthy’, dan ‘warm’.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!