Kenapa Bayi Perempuan Perlu Bersunat? Ini Perkara Ibu Bapa Wajib Tahu Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Kenapa Bayi Perempuan Perlu Bersunat? Ini Perkara Ibu Bapa Wajib Tahu

Share

Mungkin ada pasangan yang menunggu kelahiran puteri pertama mereka. Untuk mereka yang kurang faham mengapa bayi perempuan perlu disunatkan boleh baca artikel ini.

Mengikut Mazhab Syafie, bayi perempuan perlu disunatkan. Kebaikan menyunat bayi perempuan untuk menjaga kawasan kemaluan supaya sentiasa bersih dan mengelakkan daripada pelbagai penyakit.

Prosedur

Tak macam kanak kanak lelaki. Bayi perempuan lebih mudah dan cepat. Hanya menanggalkan atau potong sebahagian kecil selaput daging pada saluran kencing yang meliputi klitoris. Ibu bapa jangan risau, hanya sedikit sahaja dan tidak melibatkan sebarang kecacatan atau luka yang besar. Proses sunat si kecil sangat sekejap, tak sampai lima minit pun. Kalau ibu bapa menggunakan perkhidmatan moden, mungkin lagi mudah.

 

Keadaan Bayi

Ini penting kepada ibu bapa ya! Sebelum menyunatkan bayi, pastikan bayi korang sihat dan tiada sebarang masalah kesihatan. Kalau plan sunat bayi di klinik, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan ikut prosedur seterusnya.

 

Usia Bayi

Biasanya bayi perempuan disunatkan selepas habis waktu berpantang si ibu. Tapi ada sesetengah klinik, menetapkan umur bayi iaitu tiga bulan ke bawah atau lebih enam bulan bergantung pada polisi klinik. Harga juga bergantung pada klinik yang korang pilih. Selalunya ramai yang sunatkan bayi ketika sebelum 4 bulan kerana ketika bayi kecil, mudah untuk jaga dan tidak perlu mengawal makanan kerana mereka masih menyusu ibu sahaja. Bayi juga kurang bergerak aktif. Jadi, untuk penjagaan bayi selepas bersunat tidaklah bergitu susah. Dalam sehari atau dua bayi sudah selesa.

 

Penjagaan

Senang je jaga bayi perempuan lepas sunat. Kalau kapas sudah tidak ada darah, darah berhenti dan bayi kembali aktif bermakna si comel sudah seperti biasa. Tapi pastikan kebersihan mesti dijaga rapi terutama kebersihan lampin bayi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!