Kenapa Boyfriend Tak Layan Text Korang? 6 Sebab Kenapa Dia Tak Reply - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Kenapa Boyfriend Tak Layan Text Korang? 6 Sebab Kenapa Dia Tak Reply

Share

Bila kena ignore dengan pasangan memang rasa tak keruan. Mesti overthinking! Mulalah menangis, tuduh pasangan curang, tak boleh tidur, macam macam hal. Tapi ada sebab pasangan korang tak balas atau tak angkat panggilan. Tanyalah baik baik jangan terus melenting.

Tak semua lelaki berkepit dengan handphone. Lelaki ada life sendiri dan ada aktiviti yang menjadi rutin. Faham pasangan anda dan cuba ikut rentak mereka. Ini antara sebab kenapa pasangan tak layan korang.

Sibuk

Alasan biasa digunakan tapi mungkin betul. Bukan niat nak abaikan korang cuma dia nak siapkan kerja yang penting dulu. Janganlah fikir bukan bukan. Kalau si dia betul betul sibuk seharian, dia akan bagitahu korang. Janganlah pergi kacau dia lagi. Sabarlah sikit, okay?

 

Denda

Haa ni selalu jadi bila tengah bergaduh. Korang text, call dia buat tak layan je. Mesti korang dah buat something yang tak betul. Jadi, untuk ‘membalas’ apa yang korang buat. Si dia lebih memilih untuk berdiam. Bagi dia, diam lebih baik dari bersuara, takut korang pula yang tersentap dengan perkataan dia pula. Pandai pandailah korang pujuk buah hati sendiri. Tapi kalau terus diam tanpa berbincang, fikir elok elok dia seorang yang matang atau tak.

 

Main Game

Ini perkara biasa berlaku. Lelaki dan game tidak dapat dipisahkan. So, awal awal kenal kena tahu si dia ni jenis kaki main game ke tak. Kalau ye, bersedialah! Masa awal berkenalan memang si dia layan korang seperti tiada hari esok, lama lama nanti korang rasa kena ignore sebab game! Tapi lelaki kalau dah sayang, game tu boleh tunggu. Korang akan dapat perhatian lebih sikit dari game.

 

Tidur

Selain main game, tidur pun selalu jadi punca korang kena abai. Tidur pula bukan sejam dua, ada yang sampai esok pagi. Buat penat je korang fikir bukan bukan sampai tak boleh tidur pula, si dia boleh berdengkur tanpa ingat korang. Sedihlah juga tapi sekurang kurangnya dia tidur, kan? Jangan cakap tidur tapi sebenarnya buat sesuatu dekat belakang.

 

Perlukan Ruang

Jarang lelaki suka melekat dekat handphone 24 jam. Selalunya lelaki akan buat aktiviti dia dulu baru check phone contohnya pergi gym ke lepak dengan kawan kawan atau buat hobi dia. Lain kalau lelaki asyik berkepit dengan handphone, banyaklah masa dengan korang. Untuk lelaki yang kurang dengan handphone, korang kena fahamlah. Bagi masa untuk dia, korang pun ada masa me time.

 

Penyebab

Ada yang pernah kena tak? Pasangan korang tiba tiba ghaib, tiba tiba ada girlfriend baru? Rupanya dia tak layan korang sebab nak break up tapi bukan cara yang betul. Sedih sangat! Korang dah cuma positif tapi masih gagal. Acah acah tak layan tapi sebenarnya hanya alasan nak putuskan hubungan adalah perkara yang pedih. Tapi tak apa, kuatkan semangat dan move on!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!