Kenapa Korang Tak Patut Tinggalkan Makanan Dalam Kereta? - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Kenapa Korang Tak Patut Tinggalkan Makanan Dalam Kereta?

Bae & Beauty Gaya Hidup

Kenapa Korang Tak Patut Tinggalkan Makanan Dalam Kereta?

Farhana Syahirah
Share

Kalau korang masih lagi tinggalkan makanan dalam kereta, korang patut baca artikel ini. Mungkin ada pelbagai sebab mengapa korang bawa makanan dalam kereta.

Mungkin korang baru beli barang dapur untuk rumah atau pun bungkus makanan untuk bawa balik ke kampung. Walau apa pun sebabnya, penting juga untuk mengentahui keselamatan makanan semasa korang memandu, terutamanya ketika cuaca panas.

Safety Makanan

Oleh sebab kebanyakan orang lebih suka memasak di rumah berbanding beli di luar, penting untuk belajar mengenai keselamatan makanan. Ia juga sangat penting terutamanya bagi kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun, wanita hamil, warga emas berusia 65 tahun ke atas dan juga yang mempunyai sejarah perubatan – diabetes dan barah.

Untuk menjaga keselamatan makanan, korang perlu hindarkan suhu red zone iaitu dari 4°C hingga ke 60°C. Ini disebabkan bakteria tumbuh dengan lebih cepat ketika dalam suhu tersebut dan akan menjadi dua kali ganda dalam masa 20 minit.

Suhu Bagi Sebuah Kereta

Korang mungkin terkejut kalau tahu betapa panasnya kereta yang tidak berhawa dingin lagi-lagi masa musim panas. Untuk pengetahuan korang, suhu kereta boleh mencecah sehingga 60°C dan korang sendiri boleh masak telur goreng dalam kereta korang kalau nak test.

Jadi, makanan yang terdedah dengan suhu yang macam tu kalau korang tinggal lama dalam kereta akan merosakkan kondisi zat makanan tersebut. Malah, kimia pada bekas makanan tersebut boleh bercampur dan menyebabkan korang dapat kanser. Sebab itu ada sebab botol plastik ada expired date.

Makanan Boleh Rosakkan Kereta Korang

Yup, makanan pun boleh rosakkan kereta korang. Bukan kemalangan saja yang boleh rosakkan. Sisa makanan yang ada dalam kereta korang boleh jadi busuk bila dalam keadaan cuaca panas.

Makanan seperti aiskrim, jika cair dan meleleh di dalam kereta, pasti akan melekit. Makan di dalam kereta juga bukanlah idea yang bagus dan merupakan salah satu perkara yang mungkin korang lakukan di dalam kereta korang sendiri, tetapi tidak digalakkan kalau sayangkan kereta.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!