Kenapa Lelaki Bujang Lebih Suka Janda? Apa Special Wanita Berstatus Janda Ni? - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Kenapa Lelaki Bujang Lebih Suka Janda? Apa Special Wanita Berstatus Janda Ni?

Share

Wow! Status janda sebenarnya ada aura tersendiri. Sekarang ramai lelaki memilih wanita tunggal, ibu tunggal atau senang cakap janda untuk jadikan sebagai teman hidup. Apa istimewa mereka di mata lelaki? Kenapa lelaki bujang memilih janda sebagai isteri? Jawapan paling tepat adalah jodoh.

Rezeki bukan kita yang tentukan. Semuanya sudah tertulis. Kita hanya perlu menerima dan bijak mengatur kehidupan seterusnya. Walaupun ramai lagi gadis cantik, kenapa wanita tunggal menjadi pilihan kebanyakan lelaki? Nak tahu? Cuba baca sebab-sebab ini.

Banyak Ilmu

Disebabkan tiada suami, mereka perlu tahu banyak perkara. Bukan dari segi pembelajaran sahaja, malah dalam kehidupan pun perlu tahu. Kalau yang ada anak, merekalah ibu dan mereka juga bapa. Pengalaman menjadi panduan utama hidup. Jangan memandang rendah terhadap golongan seperti ini ya!

 

Pandai Mencari Rezeki

Ya, bukan mereka je reti cari rezeki. Ramai perempuan lain pun sama. Tapi wanita tunggal ni boleh dikatakan hati kental. Mereka akan bersusah payah mencari rezeki untuk anak-anak. Tak kisah langsung kerja apa, asalkan anak-anak dapat makan, sihat dan bersekolah. Mereka juga pandai berjimat dan menguruskan wang. Sebab tu ramai daripada mereka berniaga.

 

Mudah Bergaul

Walaupun tak semua, tapi kebanyakan wanita tunggal mudah mesra dengan semua orang. Mereka pandai mengambil hati, lebih ramah dan tak sombong. Tak risau kalau dibawa berjumpa kawan-kawan atau keluarga, mereka selalunya bermanis mulut.

 

Lebih Bersedia

Bila nama pun wanita tunggal mestilah bersedia sepenuhnya. Sekurang-kurangnya bab anak. Mungkin ada yang anak satu atau memang tujuan berkahwin untuk memiliki anak. Kalau yang baru pertama kali berkahwin, mesti nak fasa honeymoon, baru belajar nak masuk dapur dan semua perkara jadi perkara baru. Sebab itu mereka pilih wanita tunggul, tak payah fikir semua ni.

 

Bertolak Ansur

Pengalaman lalu mengajar manusia. Jadi dengan pengalaman yang sedia ada, wanita tunggal lebih mudah bertolak ansur dan bertoleransi. Senang cakap wanita tunggal matang cara berfikir dan mudah dibawa berbincang.

 

Pandai Melayan

Memang sah-sah wanita tunggal pandai melayan suami. Tak perlu diajar atau tak perlu menyatakan hasrat. Wanita seperti ini faham kehendak pasanganya. Mereka juga pandai menjaga pakai, makan dan minum suami. Anak-anak pun tak perlu risau, confirm terbaik. Tak peliklah kalau lelaki memilih wanita tunggal, banyak pengalaman!

 

Pandai Jaga Badan

Orang kata kalau isteri cantik, suami yang pandai jaga isteri. Tapi macam mana dengan wanita tunggal? Tiada suami untuk menjaga luaran dan dalaman. Itu bukan alasan bagi mereka. Sebenarnya mereka inilah yang pandai menjaga badan dari segi kesihatan sampailah potongan badan. Sebab tu ramai perempuan jealous dengan mereka yang berstatus janda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!