Kenapa Lelaki Lepas Putus Cinta Jadi Playboy? 5 Cara Lelaki Hilangkan Rasa Sedih Lepas Putus Cinta - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Kenapa Lelaki Lepas Putus Cinta Jadi Playboy? 5 Cara Lelaki Hilangkan Rasa Sedih Lepas Putus Cinta

Avatar
Share

Selalu perempuan putus cinta, dalam media sosial media upload madah pujangga atau post gambar sendu. Tapi lelaki jarang, mungkin ada tapi tak selalu kita nampak. Sampai bekas kekasih jadi curious pula. Dah jadi bekas kekasih pun still curious tau.

Sebenarnya apa lelaki buat kalau putus cinta? Mestilah kecewa juga, mestilah sedih juga. Lelaki pun ada perasaan. So, dalam diam diam mereka ada aktiviti yang kita tak nampak. Ini antara aktiviti yang selalu lelaki buat lepas putus cinta.

Sibukkan Diri

Waktu seharian dia dipenuhi dengan aktiviti. Tak kira berfaedah atau tak, janji ada benda yang dia buat. Ini sebab dia tidak mahu hati dan fikirannya terganggu oleh masalah dan perasaan yang dia cuba sorok. Tips ni bukan untuk lelaki je, perempuan pun boleh guna!

 

Lepak

Salah satu cara paling selalu digunakan bila lelaki tengah bersedih iaitu lepak. Ada lelaki bukan lepak biasa, tapi mula berjalan jalan, melancong, day trip atau food hunting dengan kawan kawan yang lain. Nampak seronok je, lelaki pula brotherhood memang kuat, so diorang akan support each other!

 

Game

Kepada yang kaki game, di sinilah tempat paling sesuai untuk melupakan segala masalah di hati. Lelaki akan menghabiskan masa berjam jam dengan bermain game daripada melayan perasaan sendiri. Jadi, jangan peliklah kalau kawan lelaki korang mampu mengadap game dua hari.

 

Kenal Ramai Perempuan

Mungkin tak semua tapi kebiasaannya lelaki yang baru je lepas putus cinta, takkan mencari cinta baru secepat mungkin. Tapi mula aktif mengenali ramai gadis gadis. Haa, time ni la nak jadi ‘buaya’ untuk menghilangkan rasa sedih di hati.

 

Bertenang

Lelaki walau broken macam mana pun mesti nampak relax. Lelaki lebih suka berdiam dan tak bercerita kepada orang lain melainkan kawan yang betul betul rapat. Itu pun kadang kadang tak cerita. Sebab tu kita tengok lelaki nampak tenang. Padahal hati macam kena langgar lori!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!