Kenapa Minimalism Menjadi Pilihan Ramai? Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Kenapa Minimalism Menjadi Pilihan Ramai?

Share

Minimalisme ialah lifestyle yang berkonsep simple. Gaya hidup minimalism sangat digemari oleh kebanyakkan orang muda kerana tidak perlu memikirkan beban kewangan yang berat dan berbelanja mengikut keperluan.

Ironinya, minimalism ialah perkataan yang membawa banyak maksud. Ia merujuk kepada gaya hidup yang berkaitan dengaan kurangkan penggunaan barang dalam kehidupan seharian.

Kebanyakan dokumentari, realiti tv, radio, mahupun media sosial banyak membincangkan topik mengenai minimalism dan bagaimana ia dapat mengubah hidup korang – bebanan hutang tiada dan dapat menikmati banyak masa dengan hubungan peribadi.

Kelebihan Hidup Secara Minimal
• Bebas dari masalah kewangan
• Singkirkan kekacauan yang tidak menambah nilai dalam hidup korang
• Luangkan lebih banyak pengalaman dan bukannya kebendaan
• Lebih gembira dan kurang tekanan hidup
• Lebih kepada cintakan alam sekitar
• Mengembangkan hubungan yang lebih baik

Sebenarnya kebanyakkan orang memiliki barang yang banyak, mereka sebenarnya tidak perlukan pun separuh dari barang yang dimiliki. Disebutkan itulah gaya hidup minimalism menjadi pilihan kerana dapat menyingkirkan barang dengan membuat jualan barang terpakai, sekaligus dapat menambah duit poket.

Dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang, tekanan hidup pastinya akan menghimpit emosi. Minimalism adalah pilihan yang sesuai kerana tidak banyak tekanan dan mudah untuk membersihkan tempat tinggal masing-masing.

Dari kesan psikologi, ramai juga berpendapat yang mereka dapat berfikir dengan lebih baik jika persekitaran lebih simple dan mudah untuk fokus perkara yang lebih penting.

Kepuasan visual yang lebih banyak menjadikan salah satu faktor mengapa minimalism dipilih. Korang boleh pamerkan barang-barang yang menjadi sentimental sebagai hiasan di rumah – buku, tanaman, kasut, kotak muzik atau DVD.

Jenis Minimalist
Terdapat beberapa jenis minimalist yang korang boleh fahami. Tidak tertakluk kepada susunan perabot sahaja tau. Terdapat 5 jenis minimalist untuk menentukan pendekatan yang sesuai dengan korang.

Frugal Minimalist
Bagi korang yang mengambil berat mengenai simpanan wang, korang tergolong dalam jenis frugal minimalist ini. Selalunya korang hanya akan menggunakan duit korang untuk keperluan serta kecemasan sahaja. Segala promosi produk di Wow Shop, Shopee atau Lazada tak akan effect korang langsung. Korang akan mempertimbangkan untuk baiki dahulu daripada terus beli yang baru. Contoh, korang jenis tak kisah untuk buat bekas aiskrim jadi tempat letak ayam atau ikan.

Nomad Minimalist
Bagi jenis ini pula, korang ke arah hidup backpacker. Kebanyakan orang muda memulakan perjalanan hidup minimalist dengan melihat dunia atau tempat-tempat orang. Selalunya mereka tidak kisah pakai baju yang berulang hingga lusuh.

The Green Minimalist
Bagi korang yang titik-beratkan haiwan serta alam sekitar, selalunya korang akan memilih produk berasaskan eco-friendly. Sama seperti frugal minimalist, green minimalist gemar gunapakai barang yang sedia ada. Korang sangat suka jika dapat hasilkan sisa buangan yang sikit bagi membantu persekitaran.

The Mini-Must
Mini-must adalah jenis minimalist yang agak ekstrem. Bagi korang yang jenis ini, cabaran untuk hidup dengan kurang barang sentiasa go-on. Selalunya korang akan sentiasa cari jalan kurangkan keperluan untuk barangan tertentu.

The Aesthetic Minimalist
Bagi korang yang kurang berminat kurangkan harta benda, aesthetic minimalist ini jenis untuk korang. Selalunya jenis ini suka menyimpan item atau barang sentimental kerana anggap kekusutan dapat letakkan diri dengan bijak, selagi barang itu ada depan mata korang.

Walaupun gaya hidup seperti ini kelihatan milenium bagi korang, minimalism, jika diamalkan dengan alasan yang betul dan tepat, ia dapat memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada kehidupan korang dengan lebih ketara.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!