Kenapa Perempuan 'Beauty With Brain' Stay Solo Dalam Jangka Masa yang Lama? - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Lifestyle

Kenapa Perempuan ‘Beauty With Brain’ Stay Solo Dalam Jangka Masa yang Lama?

Farhana Syahirah
Share

Korang mungkin tertanya-tanya kalau ada kawan korang yang cantik tapi masih lagi single dan tak nak lagi mendirikan rumahtangga kan? Mungkin kadang dia anggap topik kahwin sebagai gurauan, tetapi sebenarnya akar untuk masalah ini sebenarnya agak dalam.

Untuk pengetahuan korang, hampir 4.8 juta perempuan di Malaysia masih lagi bujang walaupun sudah menginjak ke umur 30 tahun ke atas berbanding lelaki bujang. 

Untuk tahu kenapa, jom scroll ke bawah kenapa ia terjadi.

1. Wanita moden lebih berdikari


Wanita telah banyak perjuangkan hak mereka suatu ketika dahulu untuk mengubah dunia. Jadi, semakin banyak wanita yang mendapat pekerjaan yang setaraf atau lebih baik daripada lelaki untuk mencapai kebebasan. Disebabkan itulah, perempuan moden tidak meminta pertolongan dengan lelaki sebagai salah satu keperluan bagi kerja fizikal kerana boleh menghubungi perkhidmatan dan membayarnya sendiri. Jadi, tidak perlu tunggu untuk bersuami untuk selesaikan masalah.

2. Wanita mula menghormati kebebasan dan masa lapang


Zaman milenium ini, wanita sebenarnya lebih suka untuk menghabiskan masa memanjakan diri daripada memasak di rumah untuk suami dan anak-anak selepas habis bekerja. Contoh aktiviti, pergi ke spa, salon, membeli-belah atau ke kelas make up untuk kembangkan lagi diri mereka.

3. Perempuan jadi lebih stabil dari segi emosi


Apabila orang bercerita tentang perempuan independent dengan kucing, sebenarnya itu bukan benda yang lawak. Perempuan menjadi lebih kuat, stabil secara emosi dan lebih berpendidikan. Dunia moden memberi wanita peluang yang sama dengan lelaki. Ini juga mempengaruhi psikologi perempuan. Korang tak takut untuk kekal bujang tanpa rezeki. Korang lebih sanggup menunggu orang yang setara, daripada berkongsi tempat tidur dengan lelaki yang korang sayangi atau hormati.

4. Mula menyukai hubungan alternatif


Pada zaman sekarang kita tidak takut untuk menunjukkan keutamaan kita dalam hubungan. Kita boleh hidup apa yang kita nak dan tak ada yang akan menilai kita seperti zaman dulu bila memilih pasangan dari jantina yang sama atau mempunyai hubungan bebas – bagi yang bukan beragama Islam. So secara jelas, ini menyebabkan orang tak berkahwin dan hanya ingin tinggal bersama.

5. Mula ada standard yang sangat tinggi.

Bila korang dah pandai cari duit sendiri, ada sijil diploma atau ijazah, menjaga penampilan dan kembangkan diri dalam bidang lain, korang mengharapkan lelaki yang hadir dalam hidup korang tak akan bawa korang ke tahap yang lebih rendah dalam hidup korang. Korang tak boleh terima lelaki yang tak menghargai usaha korang. Sebab itu, ramai wanita akan beranggapan lebih mudah untuk tetap single dan jaga diri sendiri. 

6. Lelaki lebih takut untuk bertemu dengan wanita yang ‘beauty with brain’

Bila lelaki melihat wanita yang cantik, berdikari dan bijak, dorang tak begitu bersemangat untuk mengambil langkah pertama kerana berpendapat yang wanita jenis ini tidak mungkinnya single. Ada yang tak mahu kena reject. Sebilangan besar perempuan memang tak akan ambil langkah pertama kerana dorang pun dah cukup ada segalanya dalam hidup dorang.

7. Wanita kini tak percaya lagi kisah dongeng


Yup, tahap kepercayaan wanita terhadap lelaki jauh lebih rendah kerana standard moden dan era masa kini. Tak ada siapa yang nak patah hati kan. Ini sebab, kita dari kecil dah di’brainwash’ yang untuk hidup bahagia, mulakan hidup dengan perkahwinan atau mencari lelaki untuk lengkapkan kebahagian wanita walaupun sebenarnya kebahagian itu boleh dicari sendiri.

Jadi, korang ada lagi tak sahabat yang masih single? atau korang masih lagi single? Bangga dengan diri korang sendiri jika dah dapat capai kejayaan dan kebahagian korang sendiri.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!