Ketahui Manfaat Susu Ibu - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Sihat

Ketahui Manfaat Susu Ibu

Share

Semua orang tahu susu ibu mempunyai pelbagai khasiat, kaya dengan vitamin dan mineral untuk membantu tumbesaran bayi.

Sebelum kelahiran bayi, anda juga sudah membuat persediaan yang lengkap dan pastikan segala keperluan bayi sudah tersedia.

Perasaan gembira akan sentiasa dirasai menanti cahaya mata tidak kira kali pertama atau mungkin sudah beberapa kali.

Namun sebagai ibu pasti tidak sabar menunggu detik kelahiran tersebut.

Walaupun sudah mempunyai pengalaman menyusu bayi, ketahui manfaat susu ibu sehingga tersenarai dalam 10 makanan terbaik dunia.

Semulajadi
Walaupun susu formula sudah banyak di pasaran, namun menurut kajian susu formula masih lagi tidak dapat tandingi khasiat susu ibu. Pada permulaan, susu ibu adalah untuk menghilangkan dahaga dan lapar bayi sahaja.

Tetapi khasiat susu ibu bertukar seiring dengan keperluan bayi. Semakin lama, susu ibu semakin kaya dengan vitamin untuk kesihatan bayi. Rasa susu ibu juga bergantung mengikut makanan yang dimakan oleh ibu. Bermakna, semakin lama bayi menyusu, bayi juga belajar rasa yang baru untuk memulakan makanan pejal setelah cukup umur.

Makanan Lengkap
Sistem tubuh bayi hanya boleh menyerap dan mencerna susu ibu. Susu ibu mengandungi nutrient penting untuk enam bulan pertama selepas bayi dilahirkan.

Jangan berikan bayi anda makanan sampingan atau air masak. Dalam tempoh enam bulan berikan bayi susu ibu sahaja, susu ibu mengandungi asid lemak untuk tumbesaran otak bayi dan meningkatkan kecerdikan bayi anda.

Makanan Asas
Susu ibu penting untuk penglihatan, pertuturan, rahang dan mulut bayi. Kolostrum susu ibu mengandungi antibodi dan imuniti untuk melindungi bayi daripada penyakit seperti selesema, cirit-birit, masalah pernafasan dan demam.

Bayi yang dapat bekalan susu ibu yang cukup mempunyai risiko yang rendah untuk kematian yang tidak dijangka pada peringkat awal (SUDI) dan kematian bayi secara mengejut (SIDS).
Manfaat Kepada Ibu

Mudah Dan Cepat
Anda hanya perlukan kain untuk melapik atau berselindung. Anda tidak perlu sterile botol susu, membancuh, membawa air panas dan sebagainya. Suakan sahaja susu kepada bayi.

Mudah untuk anda dan bayi tidak perlu menahan lapar.

Mengecutkan Rahim
Menyusu bayi boleh membantu mengecutkan rahim dan kembalikan kepada saiz asal dengan cepat.

Selain itu, pendarahan selepas bersalin juga dapat dikurangkan.

Percuma
Susu formula sangat mahal. Susu ibu tidak perlu mengeluarkan duit. Walaupun anda hanya perlukan pam, anda masih tidak perlu sterile botol susu bayi.

Bersihkan alatan pam pada setiap 24 jam dan sebelum anda gunakan semula.

Kanser
Kanser payudara dan kanser ovari semakin menjadi-jadi. Kepada ibu yang menyusukan bayi, jangan risau. Peratus anda menghidap penyakit ini sangat kurang.

Selain itu, osteoporosis dan diabetes juga tersenarai dalam peratusan kurang jangkitan kepada ibu yang menyusu.

Berat Badan
Masalah utama wanita selepas bersalin adalah berat badan. Perbezaan berat badan sebelum dan selepas bersalin sentiasa menjadi ukuran. Tahukah anda dengan menyusukan bayi, berat badan dapat dikurangkan dengan cepat.

Proses menyusu bayi adalah proses membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda. Jangan lupa ikut makanan berpantang juga!

Tidur
Hubungan dan sentuhan ibu semasa menyusu bayi memberikan ikatan yang kuat.

Ibu yang menyusukan bayi lebih mudah tidur berbanding ibu yang memberikan susu formula. Kitaran waktu tidur ibu sama seperti waktu tidur bayi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!