Ketahui Sejarah Hari Wanita Sedunia Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Trend

Ketahui Sejarah Hari Wanita Sedunia

Share

Kita baru menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2020 dengan tema ‘Seimbang Untuk Sejahtera’. Tapi sebenarnya anda tahu tak sejarah mengapa Hari Wanita Sedunia di sambut setiap tahun? Atau anda hanya menyambut kerana ada sambutan sahaja? Anda perlu tahu serba sedikit sejarah dan asal usul Hari Wanita Sedunia.

Hari Wanita Sedunia disambut secara besar-besaran pada 28 Februari 1908 di New York. Anggaran yang menyertai sambutan tersebut seramai 15 ribu wanita yang berarak di laluan bandar New York.

Perarakan diadakan setiap tahun pada hari yang sama sehingga tahun 1913. Tujuan utama perarakan diadakan adalah untuk menuntut beberapa perkara utama iaitu menuntut pengurangan jam bekerja, gaji yang setimpal dan hak mengundi untuk wanita.

Lain pula di Eropah, sambutan Hari Wanita diadakan pada 8 Mac setiap tahun sehingga ke hari ini.

Mac dipilih sebagai bulan sambutan Hari Wanita kerana 8 Mac 1917 adalah hari pertama Revolusi Rusia. Golongan pekerja wanita yang bekerja di kilang tekstil keluar dari kilang kerana tiada bekalan roti yang menyebabkan ramai keluarga kelaparan.

Selain daripada memperjuangkan hak-hak wanita, Persidangan Wanita Sosialis di Copehgahen juga bercadang untuk menuntut hak perlindungan sosial kepada ibu dan kanak-kanak, perlindungan kesihatan, cuti bersalin, menuntut waktu bekerja 8 jam sehari, perbincangan mengenai kerja pada waktu malam serta persoalan perang dan keamanan untuk negara.

Hari Wanita Antarabangsa diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1975. Persidangan Wanita Sedunia yang pertama telah diadakan di Maxico City.

1995 Malaysia menandatangani Konvensyen tentang Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) iaitu dokumen penting yang menggariskan hak wanita.

Kini perjuangan hak sama rata masih diteruskan untuk keadilan penuh. Kaum wanita akan membanting tulang bersama-sama kaum lelaki untuk mempertahankan keamanan, kemakmuran dan persefahaman antara kaum dan bangsa.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *