Ketahui Sifat Peribadi Seseorang Melalui Perfume - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Ketahui Sifat Peribadi Seseorang Melalui Perfume

Share

Minyak wangi atau perfume menjadi salah satu perkara penting sebelum keluar rumah. Nak pergi mana mana mesti kena wangi, barulah ada keyakinan diri. Macam macam jenis wangian ada di pasaran, pilih je ikut taste masing masing.

Tapi setiap pilihan ada rahsia. Kenapa korang suka wangian jenis bunga? Wangian buah? Dan sebagainya. Cuba tengok koleksi perfume korang banyak bau apa, lepas tu korang tahu keperibadian korang macam mana.

Wangian Kayu

Bukan kayu dekat hutan tapi perfume yang berunsurkan grape dan kayu manis. Seorang yang sentiasa cergas, easy going dan sporting. Korang suka berkawan dan mudah di dekati.

 

Wangian Daripada Ekstrak Tumbuhan

Korang lalu depan orang, bau perfume korang tertinggal sampai orang sekeliling cari mana datang bau tu. Hah! Koranglah pakai. Bau daripada tumbuhan macam bau vanila ni memang popular. Lagi lagi golongan remaja, sekali pakai semua orang pandang.

 

Wangian Lembut

Bau yang tak terlalu keras menunjukkan korang adalah insan yang lemah lembut, pendiam dan sukakan privacy. Wangian seperti ini biasanya dirumuskan daripada bunga sakura yang bersifat relax dan nyaman. Siapa pakai minyak wangi jenis lembut lembut macam ni maksudnya orang yang jual mahal? Gitu?

 

Wangian Bunga

Kalau berkaitan bunga mestilah romantik. Bau yang berasaskan bunga mawar dan bunga melur, ala ala gadis dahulu. Peribadi yang romantik dan manja sesuai dengan bau ini.

 

Wangian Buah

Bau yang ringan dan menyegarkan. Seorang yang mudah berurusan dan tidak cerewet. Bau segar seperti lemon dan citrus. Walaupun buah yang masam tapi kesegaran buah tersebut menunjukkan seseorang itu mudah untuk berbincang dan bersifat terbuka.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!