Kitaran Haid Tidak Menentu, Perlukah Anda Resah? - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Bae & Beauty Sihat

Kitaran Haid Tidak Menentu, Perlukah Anda Resah?

Share

Kitaran haid setiap bulan sangat penting bagi seorang wanita. Apabila kitaran haid terganggu, ia akan menjadi masalah dan merisaukan.

Adakah ia normal? Adakah anda mempunyai penyakit? Pelbagai soalan akan timbul di fikiran.

Sebelum anda overthinking, ketahui masalah kitaran haid berubah.

Catat Kitaran Haid

Jangan ambil mudah perkara ini, catatkan kitaran haid anda setiap bulan. Dari tarikh hari pertama sehingga tarikh haid berhenti.

Amalkan mencatat bilangan hari haid kerana akan memudahkan anda pada bulan yang akan datang. Oleh itu, anda ketahui corak haid dan lebih bersedia untuk bulan seterusnya.

Jumpa Doktor

Tolong jangan malu untuk berjumpa doktor dan tanya mengenai masalah yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan. Anda sendiri akan merasakan perubahan kitaran haid dan kesihatan tubuh.

Jadi anda memerlukan nasihat daripada doktor adakah mungkin anda mempunyai masalah kesihatan atau hanya perubahan normal.

Emosi

Masalah ini sering berlaku kepada wanita yang terlalu fokus kepada pekerjaan atau perkara sampingan.

Ketidakstabilan emosi, tekanan perasaan atau banyak melakukan kerja-kerja berat menyebabkan kitaran haid terganggu. Selain itu, masalah pemakanan dan kehilangan berat badan juga boleh menyebabkan haid tidak teratur.

Kesihatan

Masalah obesiti di Malaysia memang sukar untuk dikawal. Kepada wanita, obesiti merupakan salah satu faktor haid tidak menentu kerana hormon estrogen dalam badan anda terganggu dan menyebabkan masalah haid.

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) pula berkaitan dengan masalah kelenjar tiroid dan kencing manis yang merupakan faktor masalah kedatangan haid. Anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ubat Sampingan

Ubat yang anda amalkan mungkin menganggu kitaran haid. Ada beberapa jenis ubat yang menyebabkan hal ini berlaku seperti ubat sawan, ubat penenang, pil perancang, ubat kurus dan pil hormon.

Anda perlu tahu bahawa jamu tradisional yang diamalkan juga boleh menganggu kitaran haid.

Hamil

Kepada yang sudah berkahwin, jangan sangka jika anda hamil anda tidak mengalami pendarahan. Sesetengah wanita boleh berlaku pendarahan yang akan mengelirukan sama ada keguguran atau kejadian normal.

Cepat-cepat pergi jumpa doktor untuk mengesahkan dan periksa kesihatan bayi.

Menyusukan Bayi

Pernah dengar atau tidak ibu tidak didatangi haid sepanjang tempoh menyusukan bayi? Ya, ada sesetengah ibu mempunyai masalah kitaran haid tidak menentu atau mungkin tidak didatangi haid selama setahun atau dua tahun kerana menyusukan bayi.

Hal ini kerana hormon badan si ibu lebih banyak menghasilkan susu.

Kesuburan

Dengan berlakunya kitaran haid tidak menentu, tidak bermaksud anda tidak boleh mendapatkan zuriat. Kesuburan wanita bukan bergantung kepada keseragaman kitaran haid.

Tetapi doktor ada mengatakan mungkin juga dengan haid tidak menentu anda sukar untuk hamil. Masalah ini mempunyai cara atasi dan rawatan seperti In Vitro Fertilization (IVF). Janganlah anda bersedih, anda hanya perlu berusaha, berdoa dan tawakal.

Menepos

Menepos atau putus haid sering berlaku kepada wanita yang berusia cecah 50 tahun. Ada beberapa simptom sebelum seorang wanita akan menepos. Buat masa sekarang, anda tidak perlu risau.

Hanya perlu menjaga kesihatan dan sayangi diri sendiri.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!