Konvo Je Dapat Bunga, Boringlah! Idea Hadiah Best Lepas Graduasi Untuk Perempuan
Share

Habis je belajar mesti nak celebrate. Tak kiralah baru habis SPM ke, Diploma ke, Degree ke mestilah nak melepaskan ‘geram’ bertahun tahun menghadap buku dan assignment. Bukan setakat penat je, duit pun banyak habis untuk menghabiskan sesi pembelajaran.
Selain ucap tahniah atas kejayaan, apa kata hadiahkan sesuatu yang istimewa. Boringlah asyik bagi jambangan bunga je. Bagilah sesuatu yang berguna untuk masa hadapan atau masa proses mencari kerja. Ala, perempuan tak leceh pun bagi je apa apa confirm mereka suka dan hargai setiap pemberian. Lagi lagi daripada orang tersayang. Ini dia lapan hadiah best untuk mereka yang baru lepas grad.
Pakej Percutian
Belanjalah pakej percutian. Penat belajar bertahun tahun apa salahnya sponsor holiday dalam negara pun okay, kan? Raikan mereka dengan melepaskan tekanan belajar sebelum menempuh dunia baru.
Minyak Wangi
Hadiah minyak wangi jarang perempuan tak suka. Apa apa jenama mesti diterima walaupun bukan jenama kegemaran. Perempuan suka buat collection, kalau boleh hari hari nak bau berbeza. Hadiahkan perfume yang memberi aroma ‘kaya’ dan seksi untuk dipakai untuk mencari kerja. Mungkin dapat perhatian daripada majikan nanti. Ihiks!
Pas Bulanan Pengangkutan Awam
Hadiah ini sangat berguna lepas tamat belajar. Nak kena cari kerja pula. Kalau dapat hadiahkan pas bulanan public transport sebenarnya sangat membantu kepada mereka yang aktif pergi temuduga. Dahlah tak ada income lagi, kena keluarkan duit untuk travel dari satu tempat ke satu tempat. Kalau dapat pas bulanan memudahkan mereka untuk bergerak.
Jam Tangan Kulit
Cari kerja adalah perkara yang susah. Perlu nampak presentable dan meyakinkan. Hadiahkan mereka jam tangan kulit untuk membantu daripada zaman belajar beralih kepada dunia dewasa. Jam tangan ringkas tetapi nampak mahal akan memberikan pandangan pertama yang luar biasa bila dipakai.
Tote Bag
Lupakan beg sandang yang korang bawa pergi kelas tu. Berubah menjadi lebih matang dan dewasa. Jadi, kalau dapat tote bag yang besar dan diperbuat daripada kulit, best juga. Ia lebih nampak profesional dan bergaya untuk mencari kerja.
Wireless Headphones
Setelah penat mencari kerja, tenangkan fikiran dengan mendengar lagu. Hadiahkan wireless headphones untuk memberi kebebasan dan berehat seketika.
Powerbank
Nampak simple tapi sangat berguna! Powerbank boleh dipakai ketika waktu kecemasan. Lepas grad mesti banyak memohon kerja. Mereka perlukan powerbank untuk menerima teks atau panggilan kerja yang ditawarkan.
Hard Drive
Ini adalah paling penting! Hard drive digunakan untuk menyimpan maklumat seperti resume, gambar dan dokumen untuk mencari kerja secara online. Simpan bahan penting dalam hard drive untuk mudah dibawa kemana mana dan boleh digunakan bila bila masa.