Kurangkan Gula Mulai Tahun Baru - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Pilihan Editor Sihat

Kurangkan Gula Mulai Tahun Baru

Share

Gula adalah penambah perisa makanan yang paling sedap sehinggakan kebanyakkan makanan ditambahankan gula. Malah, makanan tradisional di Malaysia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Tahukah anda ramalan menjelang tahun 2020, seorang daripada lima orang dewasa akan menghidapi kencing manis.

Jadi, mari amalkan pengurangan gula dalam sajian harian. Ikuti langkah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.

Nasi

Kawal jumlah pengambilan nasi kerana nasi mempunyai kadar glisemik yang tinggi dan menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat.

Walaupun nasi adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia, anda boleh kurangkan pengambilan nasi kepada sehari sekali dengan jumlah yang sedikit. Gantikan nasi dengan roti atau pasta.

Produk Gantian

Jika makanan kegemaran anda mempunyai kandungan gula yang tinggi, gantikan makanan tersebut dengan produk yang lebih baik.

Sebagai contoh, menggantikan nasi putih kepada nasi beras perang atau coklat yang boleh digantikan dengan coklat gelap (dark chocolate) yang mempunyai kadar gula lebih rendah dan antioksidan yang tinggi dan roti putih ditukar kepada roti mil penuh.

Resepi

Anda seorang penggemar kek atau gemar memasak pemanis mulut, jangan bersedih, anda tidak perlu berhenti untuk makan kek tetapi ubah resepi anda kepada resepi yang lebih menyihatkan.

Kurangkan kandungan gula ke dalam masakan mengikut kesesuaian. Latih deria rasa anda untuk mengurangkan rasa manis. Anda boleh menjalani kehidupan yang sihat tanpa berhenti makan makanan kegemaran anda.

Buah-Buahan

Glukos daripada buah-buahan jauh lebih baik daripada manisan buatan (articial) kerana mudah dirungkai oleh sistem pencernaan. Buah juga mengandungi serat dan kandungan air yang tinggi.

Gantikan snek atau makanan ringan dengan mengamalkan pengambilan buah tetapi hati-hati memilih jenis buah-buahan kerana ia juga masih manis.

Air Berkarbonat

Berhenti minum air berkarbonat! Gantikan dengan air kosong atau anda boleh buat air detoks sendiri di rumah dengan campuran buah-buahan segar seperti epal, kurma dan lemon.

Kadar gula dalam air berkarbonat terlalu tinggi dan membahayakan.

Minuman Tanpa Gula

Mulakan minuman anda dengan memesan atau membuat minuman kurang manis. Air minuman seperti milo, nescafe atau Horlicks sudah mempunyai campuran gula, jika di kedai makan, pesan minuman dengan tanpa gula.

Sebagai contoh, milo ‘kosong’. Perubahan yang sedikit akan memberi kesan yang besar untuk kesihatan. Lama-kelamaan anda akan lebih selesa meminta minuman yang ‘kosong’ atau tanpa gula.

Tags:

You Might also Like

2 Comments

  1. Anonymous December 7, 2019

    Good informtion

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!