Langkah Mencuci Muka Dengan Betul - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Kecantikan

Langkah Mencuci Muka Dengan Betul

Share

Selepas seharian bersolek untuk menjalankan tugasan di luar rumah, pasti anda inginkan sesuatu yang fresh untuk berehat.

Salah satu cara membuatkan anda segar adalah mencuci muka. Sebenarnya menggunakan pencuci muka sahaja tidak membersihkan kulit.

Untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan sihat, anda perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi dan tahu cara mencuci muka dengan betul.

Untuk dapatkan kulit muka yang mulus dan berseri, lihat langkah-langkah mencuci muka.

Cuci Tangan

Sebelum menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih. Kulit muka adalah bahagian sensitif.

Jadi jauhkan kulit muka daripada habuk, debu, kuman dan bakteria. Jangan sesekali menyentuh muka anda tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Buang Kotoran

Buang kesan solekan menggunakan make up remover. Kesan solekan sukar untuk ditanggalkan jika menggunakan pencuci muka sahaja.

Jika anda tidak membersihkan solekan dengan betul, liang pori akan tersumbat dan mengakibatkan kulit anda menghadapi masalah jerawat dan berminyak. Gunakan kapas muka untuk mencuci segala kotoran.

Pencuci Muka

Pilih pencuci muka mengikut masalah kulit. Jika anda memiliki kulit yang kering, Elakkan menggunakan produk daripada alkohol dan mineral kerana boleh menyebabkan iritasi.

Jika kulit muka jenis berminyak. Pilih pencuci muka yang mengandungi tanah liat untuk menyerap minyak di muka.

Zon T

Ratakan pencuci muka ke seluruh wajah. Urutkan muka anda dengan lembut dan jangan tekan dengan kuat. Fokus kepada zon T kerana kawasan zon T sangat mudah berjerawat dan berminyak.

Zon T adalah bahagian dahi, pipi, hidung dan dagu.

Urutan

Semasa mencuci muka, lakukan urutan muka. Urutan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di muka. Mulakan urutan dari bawah ke atas.

Anda boleh mulakan dengan bahagian leher, dagu, pipi, hidung dan dahi. Jangan menggosok muka dengan kuat, urut muka secara membulat dan lembut.

Air Suam

Elakkan mencuci muka dengan air suhu yang terlalu sejuk atau terlalu panas kerana akan menyebabkan saluran kapilari darah (saluran darah paling halus pada muka) pecah dan memberi kesan kemerahan pada hidung dan pipi.

Gunakan air suam semasa mencuci muka untuk membunuh segala kotoran pada muka dan anda akan rasakan kesegaran yang maksimum.

Keringkan

Sudah tentu ramai yang mengeringkan muka dengan tuala. Mungkin ada yang menggunakan tuala khas untuk muka sahaja. Tapi lebih baik jika anda membiarkan muka anda kering sendiri untuk menyerap khasiat daripada pencuci muka.

Jika anda ingin keringkan muka, gunakan tuala muka lembut seperti microfiber towel.

Pelembap

Selepas anda mencuci muka, sapukan krim pelembap muka untuk kembalikan kelembapan. Segarkan kulit muka anda dengan pelembap untuk menyejukkan semula kulit muka.

Skrub Muka

Anda boleh melakukan skrub muka seminggu sekali untuk membuang sel kulit mati pada muka. Kepada yang mempunyai kulit yang kering, gunakan skrub yang tidak terlalu kasar untuk elakkan daripada melukakan kulit muka.

Topeng Muka

Topeng muka juga boleh dilakukan 2 hingga 3 kali seminggu. Pilih topeng muka yang mempunyai kolagen, vitmin C dan E untuk mengekalkan keanjalan kulit.

Ais

Jangan sesekali memicit jerawat. Memicit jerawat akan melukakan kawasan berjerawat dan mudah dijangkiti kuman. Gunakan ais untuk mengecutkan jerawat.

Letakkan ais pada jerawat kerana ais boleh mengecutkan pembuluh darah di bawah permukaan kulit muka dan mengurangkan kesan merah pada jerawat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!